Sempena Hari Lahir Ke-11 Anak, Ibu Beri Jambangan Bunga Duit Bernilai RM11,000

Setiap kali tiba hari lahir, pasti ramai yang ternanti-nanti ucapan serta hadiah daripada insan tersayang termasuk keluarga dan rakan-rakan.

Begitulah seperti kisah kanak-kanak ini yang telah menerima kejutan hadiah berbentuk jambangan bunga gergasi dipenuhi duit berjumlah RM11,000 daripada kedua ibu bapanya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @azieawi di aplikasi TikTok, ibunya berkongsi momen gembira sewaktu anaknya menerima jambangan bunga gergasi tersebut.

Menurut si ibu, sebelum ini anaknya itu pernah meminta hadiah iPhone 12 dan kek namun dia terpaksa ‘menolak’ permintaan tersebut kerana tidak mampu dan tiada kedai yang menerima tempahan kek saat akhir. Kanak-kanak itu juga reda sekiranya tiada hadiah pada hari lahirnya.

Namun begitu, si ibu sebenarnya telah bercadang untuk membuat kejutan secara senyap-senyap dengan menghadiahkan bunga duit berjumlah RM11,000 sempena ulang tahunnya yang ke-11.

Sebaik sahaja menerima kejutan itu, kanak-kanak itu dilihat menangis dan mengalirkan air mata kerana begitu terharu dengan hadiah tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira saat menyaksikan reaksi kanak-kanak itu. Dalam pada itu, mereka berharap agar dia akan membalas jasa ibunya kelak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM

Be the first to comment on "Sempena Hari Lahir Ke-11 Anak, Ibu Beri Jambangan Bunga Duit Bernilai RM11,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*