Pegawai Azmin Ali Gesa Dr Hisham Berundur, Sekali Najib Komen “Dah mula dah…”

Setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengundurkan diri.

Menulis di laman Twitternya, Adlin M Zabri berkata dia tidak setuju dengan “penutupan menyeluruh” dan menuduh Noor Hisham gagal melakukan perancangan sewajarnya.

“Pengarah Kesihatan. Anda jelas gagal melakukan perancangan yang tepat dan semua penutupan penuh ini menunjukkan bahawa anda tidak mampu menangani (wab4k c0v1d-19).

“Tumpukan bidang pembed4han saja atau lagi baik berhenti,” kata Adlin.

Adlin menulis ini ketika berkongsi artikel berita mengenai netizen yang mengkritik Noor Hisham mengenai pengendalian pusat penilaian c0v1d-19 (CAC) di Stadium Melawati.

Melalui ciapan lain di Twitter pada awal hari ini, Adlin secara sinis menyarankan sektor perkilangan harus disalahkan atas wab4k di pusat vaksinasi IDCC.

Pada 10 Julai lalu, Adlin menyiarkan klip video memaparkan Ketua Teknikal c0v1d-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Maria Van Kerkhove yang bercakap mengenai cara untuk membendung penyeb4ran c0v1d-19.

Hantarannya itu disertakan dengan pesan: “Pengarah Kesihatan … Harap (anda) mendengar ini”.

Putrajaya telah memutuskan untuk menutup lebih banyak kilang bermula 3 Julai dan seterusnya untuk membendung penyebar4n c0v1d-19.

Beberapa jam selepas pengumuman itu, Azmin – yang kementeriannya memimpin sektor pembuatan – menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Berikut pula reaksi dari Najib Razak

Dah mula dah…

Sekiranya, yang tiap-tiap hari masih kerja kuat untuk melawan c0v1d perlu berundur, bagaimana pula dengan kepala iaitu pengerusi MKN kurang sihat yang akhirnya bertanggungjawab untuk luluskan semua dasar-dasar yang berulang kali gagal biarpun RM600 bilion sudah dibelanja?

“The buck stops here”. Dia perlu undur juga, tak?

Garis panduan pengambilan air liur persampelan bakal dimuktamadkan – Dr Noor Hisham

Dalam perkembangan lain, di sebalik gesaan supaya berundur, Dr Hisham di lihat terus melakukan tugasan beliau seperti biasa

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memuktamadkan garis panduan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan c0v1d-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan dibuat dalam mesyuarat pada Rabu.

Menurutnya, kaedah penggunaan RTK-Antigen menggunakan air liur boleh dilaksanakan pesak1t itu sendiri.

“Langkah itu dapat meningkatkan saringan di lapangan sekali gus kemungkinan kes positif c0v1d-19 dapat dikesan dengan lebih baik.

“Tujuh hospital KKM sudah dikenal pasti untuk melaksanakan penilaian lapangan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan c0v1d-19,” katanya.

Institut Kajian Perubatan (IMR) sebelum ini dilapor telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri c0v1d-19.

Kedua-dua kaedah tersebut didapati mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MK

Be the first to comment on "Pegawai Azmin Ali Gesa Dr Hisham Berundur, Sekali Najib Komen “Dah mula dah…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*