KANTOI ANGGOTA POLIS INI DIRAKAM KETIKA CUBA MINTA DUIT UNTUK TAK BERI SAMAN

Anggota polis yang disyaki meminta wang sogokan daripada pemilik kereta dalam satu video tular telah dikenalpasti, kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh.

Menerusi kenyataannya semalam, Nurulhuda berkata, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka ke atas anggota terlibat yang dirakam dalam satu video dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar Bandar Sultan Suleiman, katanya.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis menyeru supaya pemilik akaun atau mana-mana orang yang mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi pihak polis Klang Utara untuk membantu siasatan,” katanya.

Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Klang Utara berhubung video viral dari pemilik akaun Twitter @fahmynazrul. Tarikh dikeluarkan : 3 Julai 2021

VIDEO : 

KOMEN NETIZEN:

“Janganlah menjadi parasit yg merosakan integeriti pasukan hanya dgn mainan tipu daya dunia tanya pada diri jika berbaki iman di dada “APA NANTI NAK JAWAB DEPAN ALLAH KELAK”

“Sebab tu semua polis di negara ni sepatutnya dipasangkan dgn body cam. Untuk menjaga kelakuan dorang, selain utk melindungi mereka sendiri”

“Rasanya dah tiba masa penguatkuasa dipasangkan kamera badan. Rasuah ni barah, mula dengan nilai kecil, lama-lama besar & parah”

“Yg buat berapa % je. Tapi disebabkan anggota macam ni, netizen ‘Pukul Rata’ semua kena. So, fikirlah dosa-pahala, salah atau tidak kalau buat benda2 begini ye. Malu seumur hidup nanti”

 

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment on "KANTOI ANGGOTA POLIS INI DIRAKAM KETIKA CUBA MINTA DUIT UNTUK TAK BERI SAMAN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*