Dakw@an Zahid Hamidi Bakal Jadi PM, Sekali Datuk Johari Kata Mustahil. Dia Bagitahu Siapa Lebih Layak

PUTRAJAYA: Isu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri selepas UMNO mengetuai jajaran baharu hanyalah satu bentuk perang psikologi.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, adalah mustahil Presiden UMNO itu mampu memegang jawatan tertinggi dalam pemerintahan negara kerana parti itu tidak cukup majoriti berbanding blok terbesar Pakatan Harapan (PH) yang ada dalam Parlimen.

Beliau menegaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menjadi Perdana Menteri dalam pembentukan jajaran baharu PH bersama UMNO kelak.

“Sekali pun Anwar mahu memberikan jawatan itu kepada UMNO, ia belum tentu dipersetujui rakan parti dalam gabungan PH terutama DAP dan PKR. Sekarang ini kita lihat siapa yang dapat majoriti, kalau Ahmad Zahid bersama PH, UMNO ada 38 kerusi sedangkan PH ada hampir 90 dan Anwar pula Pengerusi PH.

“Jadi tidak mungkin Ahmad Zahid akan jadi Perdana Menteri kerana mengikut undang-undang, Yang di-Pertuan Agong akan melantik seseorang yang ada majoriti dalam Parlimen (untuk jawatan berkenaan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, berdasarkan pengamatan, keputusan Ahmad Zahid menarik diri dari Perikatan Nasional (PN) adalah berlandaskan perkiraan parti itu yang djangka mengecil dan hilang kedudukan dalam arena politik negara sekiranya terus berada dalam PN.

Ini kerana, katanya, dalam PN terdapat tiga parti Melayu dan masing-masing akan berebut kawasan majoriti Melayu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menjelaskan, sekiranya ketiga-tiga parti itu duduk berbincang untuk berbahagi kawasan Melayu yang hanya ada lebih kurang 90 kerusi, bermakna setiap parti memperoleh 30 kerusi.

“Itu pun kalau Muhyiddin memberi kepada UMNO 30 kerusi, jika UMNO hanya dapat sekitar 12 atau 13 kerusi, sudah tentu UMNO dengan sendirinya akan mati.

“Jadi jika UMNO bersama Anwar dalam PH yang tidak ada parti Melayu, sudah tentu kawasan Melayu akan dapat kepada UMNO semua, manakala parti lain dalam PH akan bertanding dalam kawasan campuran, oleh itu UMNO akan ‘hidup’ dengan Anwar dan ‘mati’ kalau bersama Muhyiddin,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Ahmad Zahid memberi keyakinan kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bahawa pemimpin parti itu akan kembali menjadi Perdana Menteri dalam jajaran baharu yang bakal dibentuk.

Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO itu dalam pertemuan bersama ahli MT sebagai menyokong usaha UMNO menarik balik sokongan daripada kerajaan PN.

Dr. Mahathir: Tiada pemimpin UMNO layak jadi Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Tiada pemimpin UMNO yang layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, ini kerana kebanyakan mereka dikaitkan dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

“Tiada yang layak. Sebab semua terlibat dengan perbuatan yang salah.

“Ada yang sudah dihukum, sedang dihadap ke mahkamah. Ada juga yang berdepan macam-macam tuduhan tapi belum (dihadapkan) ke mahkamah lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dr. Mahathir memberitahu, kalau ada pun daripada UMNO yang sesuai dilantik untuk jawatan berkenaan, hanyalah ahli biasa.

“Tapi ahli biasa nak jadi Timbalan Perdana Menteri, susah sikitlah,” ujarnya.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut pemerhati politik, pelantikan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO mampu memperkasakan hala tuju dan kekuatan parti itu menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ini kerana dengan adanya Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO, ia mampu menyekat pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pertembungan sedemikian jika tidak ditangani akan merugikan dunia politik Melayu pasca PRU

Hujahan akhir kes pendakwaan Ahmad Zahid didengar 5 Ogos

Kuala Lumpur: Pasukan pendakwaan dan pembelaan dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi, sudah menyerahkan lebih 1,200 muka surat hujahan bertulis di akhir kes pendakwaan kepada Mahkamah Tinggi di sini yang akan didengar pada 5 Ogos ini.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran menyerahkan kira-kira 200 muka surat hujahan bertulis manakala pembelaan yang diketuai peguam Hisyam Teh Poh Teik mengemukakan kira-kira 1,000 muka surat.

Raja Rozela memberitahu Bernama, hujahan di akhir kes pendakwaan sepatutnya didengar sepanjang minggu ini namun ditangguhkan ke 5 Ogos berikutan pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Tarikh hujahan ditetapkan pada 5, 6, 9, 11, 13 dan 24 Ogos 2021. Pihak kami mengemukakan kira-kira 200 muka surat hujahan bertulis pada pertengahan Jun lalu,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Hisyam ketika dihubungi mengesahkan mengenai tarikh hujahan dan memberitahu pihaknya sudah menyerahkan hujahan bertulis dan dokumen berkaitan kira-kira 1,000 muka surat kepada mahkamah pada 15 Jun lalu.

Ahmad Zahid, 68, sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 dakwaan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 21 Februari 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit peribadinya, polisi insurans serta lesen untuk kenderaan peribadinya, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Affin Bank Jalan Bunus off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.

Pertuduhan dibuat menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid turut menghadapi lapan pertuduhan rasuah, yang mana dia didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Bhd dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuknya atas kapasiti beliau selaku Menteri Dalam Negeri, membantu masing-masing memperoleh projek MyEG, membekalkan cip pasport dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa warga asing di Pakistan serta Nepal.

Beliau didakwa melakukan kesalahan-kesalahan terbabit di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018, menurut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut berdepan 27 dakwaan pengubahan wang haram dengan terbabit dalam transaksi langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Ahmad Zahid juga menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung sistem visa luar negara di Mahkamah Sesyen Shah Alam, menjadikan keseluruhan 87 pertuduhan terhadap beliau.

 

Sumber : Limau Asam Boi

Be the first to comment on "Dakw@an Zahid Hamidi Bakal Jadi PM, Sekali Datuk Johari Kata Mustahil. Dia Bagitahu Siapa Lebih Layak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*