Che Ta Dikatakan Tak Kenal Nama Ikan, Ini Respond Balas Che Ta

Semalam, aktres jelita, Rozita Che Wan berkongsi resipi masakan enak talapia masak lemak dalam Instagram namun ada segelintir netizen yang mempertikaikan kewujudan ikan yang digunakan iaitu talapia laut.

Seorang netizen mempersoalkan wujudnya ikan jenis berkenaan dengan memuat naik status dalam media sosialnya milik.

“Ada ke ikan talapia laut? Baru tengok Che Ta masak dekat Instagram,” soal netizen itu.

Tidak menunggu lama, Che Ta atau nama lengkapnya, Rozita Abu Bakar, 48, tampil mempertahankan dirinya dengan berkongsi perbezaan ikan talapia sungai dan talapia laut dalam InstaStory miliknya.

Tulis isteri kepada pelakon Zain Saidin itu dengan penuh kesinisan: “B0doh itu simpan dalam sungai supaya orang tak nampak.”

Sejak akhir-akhir ini, terutama pada musim pandemik, Che Ta rajin berkongsi resipi juadah enak menggiurkan dalam Instagram miliknya menerusi aplikasi Reels media sosial popular global itu.

Mengambil insiatif menambah pendapatan menjual Lapis Pandan Cheese Cake menerusi akaun Instagram @daridapoqcheta, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi resipi istimewa semalam iaitu talapia masak lemak dengan pegaga.

 

Sumber : Kosmo Online

 

Be the first to comment on "Che Ta Dikatakan Tak Kenal Nama Ikan, Ini Respond Balas Che Ta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*