Berani Sangat Cari Hantu, Sekali ‘Pocong’ Tunjuk Muka & Main ‘Cak Cak’, Terus Lari Lintang-Pukang!

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang individu mendakwa terakam kelibat makhluk halus yang dipercayai seperti pocong di sebuah rumah usang. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata daripada mereka turut merasai ‘keseraman’ situasi itu.

Berdasarkan video pendek berudari 0:16 saat yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter, memperdengarkan suara seorang lelaki dipercayai sedang melakukan aktiviti paranormal di sebuah kawasan yang sudah lama ditinggalkan dan terbiar tanpa penghuni. Pada ketika itu, individu tersebut ada mengeluh bahawa dia berasa tidak sedap badan selepas berada di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Ketika dia mahu beredar keluar dari bilik itu, tanpa disangka-sangka dia terakam satu sosok berwarna putih sedang ‘mengintai’ di sebalik pintu di sebuah rumah usang berhampiran. Dia kemudian cuba menfokuskan kameranya ke arah sosok misteri itu dan hasil rakaman menunjukkan satu lembaga berbungkus putih dipercayai seperti pocong sedang memerhatinya. Lelaki itu terus menjerit ‘subhanallah’ dan berdasarkan rakaman, sosok dipercayai makhluk halus itu telah menyorok sebelum menghilangkan diri. Meskipun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Berani Sangat Cari Hantu, Sekali ‘Pocong’ Tunjuk Muka & Main ‘Cak Cak’, Terus Lari Lintang-Pukang!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*