Adik perempuan Benjy kongsikan abangnya dah selamat diuruskan. Terkejut sekali ini pihak pnjra buat untuk Benjy.

Benjy yang pergi menghadap illahi pada Ahad selamat diuruskan di Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin. Upacara urusan pelakon yang juga anak kepada aktres Azean Irdawaty itu selesai sekitar pukul 11.45 tengah hari (waktu Indonesia).

Urusan Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim dikendalikan oleh  Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan. Keluarga Benjy yang terdiri daripada ayahnya Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi dan anak tunggalnya, Firdaus Juan Benjamin, 16, turut berkesempatan melihat proses urusannya menerusi panggilan video dengan kakitangan pnjra. Tidak ketinggalan dua adiknya, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty juga berpeluang melihat saat-saat terakhir abang kesayangan mereka diuruskan.

PIHAK PNJRA TANGGUNG SEMUA KOS, ALHAMDULLILAH

Menurut Inessa Irdayanty, keluarganya dimaklumkan segala kos pembiayaan pengurusan Benjyitu ditanggung sepenuhnya oleh pihak pnjra. “Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menawarkan bantuan untuk pembiayaan pengurusan Benjy.

“Sekiranya, masih ada yang mahu berbuat demikian (memberi sumbangan), kami minta anda untuk salurkan sumbangan kepada mana-mana pihak yang memerlukan atas nama Ben (panggilan buat Benjy) dan sedekahkan Al-Fatihah,” kata Inessa dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diwakili Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah turut berkesempatan menyaksikan proses urusan Benjy menerusi siaran langsung video bersama keluarga dan anaknya.

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah dia lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” kata Hafiz lagi. Pada Ahad, Astro AWANI melaporkan, Benjy Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun di sebuah hospital di Medan.

Berita duka pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar. “Ben (panggilan buat Benjy) pergi menghadap illahi di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” kata Khairil Anwar menerusi kiriman mesej kepada Astro AWANI.

Sumber : ASTRO AWANI

Be the first to comment on "Adik perempuan Benjy kongsikan abangnya dah selamat diuruskan. Terkejut sekali ini pihak pnjra buat untuk Benjy."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*