“Ya Aku Biaw4k Hidup” Dedah Sikap Sebenar Bekas Suami, Ramai Simpati Dengan Zarina Anjoulie

Nama pelakon Zarina Anjoulie mungkin tidak asing lagi pada sesetengah netizen yang sering mengikuti perkembangan kehidupannya.

Selepas rujuk semula bersama dengan bekas suami, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju itu sekali lagi disahkan bercerai pada 3 Mei yang lalu dan berita itu sememangnya mengejutkan orang ramai.

Namun penceraiannya bersama dengan bekas suami iaitu Eilyas Azhar kali ini mendapat perhatian ramai kerana ia telah membongkar banyak ‘rahsia’ sebalik rumah tangga mereka.

Semenjak bercerai, banyak ‘tea‘ yang ditelah ditumpahkan oleh Zarina tentang sikap sebenar Eilyas atau lebih dikenali dengan panggilan Yas itu.

Yas dikatakan tidak bekerja dan sepanjang perkahwinan itu, Zarina telah menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun ada ketika beliau diaibkan oleh Yas sendiri.

Menerusi Instagram live yang dilakukan oleh Zarina, beliau ada meluahkan beberapa perkara yang selama ini terbuku dalam hatinya.

Sepanjang video live tersebut, Zarina kelihatan menahan sebaknya sehingga menitiskan air mata meluahkan rasa hatinya.

Disebabkan itu ramai peminatnya turut rasa bersimpati atas apa yang menimpa dirinya dan berharap agar beliau dapat bersabar menempuh dugaan hidup.

 Namun lebih menyakitkan, Yas turut ada memuat naik satu Instagram story menunjukkan beliau mengakui bahawa beliau seorang ‘biawak hidup’ yang mana tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Semoga Zarina kekal kuat melalui ujian hidup ini demi anaknya, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Sumber foto dan video: TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "“Ya Aku Biaw4k Hidup” Dedah Sikap Sebenar Bekas Suami, Ramai Simpati Dengan Zarina Anjoulie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*