3 Selebriti Ini Berpeluang Sambut Hari Raya Bersama ‘orang baru’ Dalam Keluarga Mereka.

Biar hanya duduk di rumah kita masih boleh membangkitkan ‘mood’ Hari Raya Aidilfitri dengan yang tersayang. Perasaan teruja itu akan lebih berganda buat pasangan yang baru dikurniakan permata hati sulung yang pastinya menyerikan lagi suasana lebaran, lebih-lebih lagi bagi wanita yang baru bergelar ibu.

Dari kiri: Tasha Shilla, Nur Fazura dan Zahirah Macwilson.

Baru sahaja bergelar ibu, 3 selebriti ini tidak terkecuali berkongsi nikmat bahagia dan gembira apabila tahun ini berpeluang berhari raya bertiga bersama ‘orang baru’ dalam keluarga. Nur Fazura, Zahirah Macwilson dan Tasha Shilla, antara selebriti jelita yang berpeluang menyambut lebaran tahun ini bersama bayi sulung mereka. Masing-masing kelihatan semakin berseri-seri pula tu! Jom jenguk koleksi foto raya mereka bersama yang tersayang.

NUR FAZURA

Suri hati jejaka tampan, Fattah Amin ini sentiasa tampil menawan biarpun sudah bergelar ibu kepada cahayamata perempuan yang sangat comel, Nur Fatima Aisya. Bayi sulungnya itu dilahirkan pada Jumaat tanggal 2 Oktober 2020 bersamaan dengan 14 Safar 1442 Hijrah. Tujuh hari selepas kelahiran, Nur Fazura dan Fattah mendedahkan nama anak sulung mereka itu selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Ternyata, kehadiran Nur Fatima Aisya menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumahtangga pasangan popular ini.

Kredit foto: Instagram @missfazura
Kredit foto: Instagram @missfazura
Kredit foto: Instagram @missfazura
Kredit foto: Instagram @missfazura
Kredit foto: Instagram @missfazura

ZAHIRAH MACWILSON

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita ini. Isteri kesayangan kepada aktor kacak, Aiman Hakim Ridza. Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan putera sulung yang sangat comel berlesung pipit diberi nama, Isaac Raees. Zahirah melahirkan bayinya pada 5 Januari 2021 pada jam 2.26 waktu tempatan Australia. Berita gembira itu dikhabarkan menerusi Instagram dan menganggap ianya hadiah paling bermakna pernah diterima.

Kredit foto: Instagram @zahirahmacwilson
Kredit foto: Instagram @zahirahmacwilson
Kredit foto: Instagram @zahirahmacwilson
Kredit foto: Instagram @zahirahmacwilson
Kredit foto: Instagram @zahirahmacwilson
Kredit foto: Instagram @zahirahmacwilson

TASHA SHILLA

Baru sahaja bergelar ibu, Tasha Shilla memanjatkan kesyukuran dengan kehadiran putera sulungnya yang sangat comel. Tasha selamat melahirkan Raees Zander di bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan ke-12 bersamaan dengan 24 April 2021 pada Sabtu. Tasha turut menzahirkan ungkapan terima kasihnya buat suami tersayang, Atiq Idris yang sentiasa memberi kekuatan dan kebahagiaan buat dirinya selama ini seterusnya menjadi ibu yang terbaik buat anak mereka.

Kredit foto: Instagram @tashashilla
Kredit foto: Instagram @tashashilla
Kredit foto: Instagram @tashashilla
Kredit foto: Instagram @tashashilla
Kredit foto: Instagram @tashashilla

Semoga anak-anak ini membesar dengan sihat seterusnya menjadi anak yang soleh serta solehah buat ibu dan ayah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: NONA

Be the first to comment on "3 Selebriti Ini Berpeluang Sambut Hari Raya Bersama ‘orang baru’ Dalam Keluarga Mereka."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*