Timang anak lelaki lagi, Jep Sepahtu & Sari Yanti sambut kelahiran zuriat ketiga

Selepas mempunyai sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah dikurniakan seorang lagi bayi lelaki.

Jep Sepahtu telah berkongsi berita gembira itu di ruangan Instagramnya sebentar tadi dengan memaklumkan bahawa isteri tersayang sudah selamat melahirkan anak ketiga mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM itu turut mengucapkan kata syukur diatas kurniaan dari Maha Esa yang tidak berbelah bahagi ini.

Tahniah Jep & Sari

Susulan daripada itu, Instagram pelawak terkenal tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet yang gembira dengan kelahiran anak ketiga pasangan serasi ini.

Alhamdulillah, syukur

Dariya diapit semua lelaki

Untuk makluman, Jep dan Sari telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Dariya Inara dan dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu Sari Yanti.

Sumber: Jep Sepahtuvia OMM via  https://sinetronmalaya.com/

Be the first to comment on "Timang anak lelaki lagi, Jep Sepahtu & Sari Yanti sambut kelahiran zuriat ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*