Teruja Jadi Nenek, Krisdayanti Minta Doktor Peribadi Pantau Kandungan Aurel Hermansyah 24 Jam

Berita kehamilan Aurel Hermansyah disambut baik oleh ibunya yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti.

Krisdayanti berkata dia terharu dan tidak menyangka bakal memiliki cucu dan bergelar nenek tidak lama lagi.

“Menjadi satu kebahagiaan buat semua orang apabila melalui proses ini, menjadi isteri kemudian bergelar ibu dan sekarang bakal menjadi nenek.

“Tak kisah apa sahaja jantina bayi itu nanti asalkan selamat dilahirkan. Dia (Aurel) pernah tanya berapa usia saya semasa melahirkan dia… saya kata 21 tahun, sama seperti usianya kini. Mudah-mudahan perjalanannya lebih baik,” kata Krisdayanti.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menghitung Hari ini turut meminta doktor peribadi memantau kandungan anaknya itu.

Ini kerana dia bimbang Aurel sebelum ini pernah menjalani rawatan masalah cyst atau sista.

“Saya hanya berpesan kepada Aurel supaya lebih proaktif berkomunikasi dengan doktornya bagi memantau kandungan.

“Saya juga sudah mohon doktor peribadi yang boleh membantu 24 jam untuk memberi apa-apa saranan baik kerana mereka ini pasangan masih muda.

“Tambahan pula Aurel ada sista, mudah-mudahannya semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.

Aurel Hermansyah selamat bergelar isteri kepada YouTuber terkenal Atta Halilintar pada 3 April lalu di Hotel Raffles, Jakarta.

Sumber: Liputan6/mStar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: -CARI

Be the first to comment on "Teruja Jadi Nenek, Krisdayanti Minta Doktor Peribadi Pantau Kandungan Aurel Hermansyah 24 Jam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*