Takut Langgar Huvkum Pemakaian Mengikut Jantina, Netizen Terkejut Bella Astillah Beri Anak Lelaki Pakai ‘Skirt’

“Ayden sepatutnya baju tu batik, seluar lelaki kena guna plain colour tu baru ngam, dalam gambar tu macam Ayden pakai skirt pula”

Dalam pasca pemodenan, pemakaian serta penampilan telah menjadi kayu ukur bagi sesetengah individu pada hari ini dalam menilai kemajuan seseorang.

Namun bagi umat Islam sendiri, mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa agama Islam telah menetapkan cara-cara pemakaian mengikut aqidah serta melarang mana-mana umatnya untuk berpakaian mahupun menyerupai jantina lain.

Tidak salah jika mahu tampil berkeyakinan dengan memperagakan gaya fesyen terkini bagi mengikut arus semasa namun biarlah berpada-pada bagi mengelak daripada difitn4h mahupun salah faham daripada padangan mata kasar umum.

Memuat naik gambar di laman Instagram, penyanyi Bella Astillah telah membuat perkongsian gambar yang terlihat manis memakai baju dan warna yang sama dengan anaknya namun telah meraih perhatian netizen kerana anak lelakinya, Ayden Adrean dikatakan mengenakan kain skirt seolah-olah seperti penampilan kanak-kanak perempuan.

caption: 

“Ayden tu kenapa ehhh muka dia mcm ni😑”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi ini meluahkan rasa terkejut dengan penampilan Ayden kerana menyangkakan ibunya membenarkan anak lelakinya memakai baju kurung.

Namun, seteleh meneliti gambar berkenaan, jelas sekali ‘kain’ yang disarung itu merupakan kain seluar dan bukannya kain labuh seperti yang didakwa.

Tidak menjadi titik tolak, posisi yang digayakan mungkin membuatkan ramai yang menyangka ianya seakan-akan memakai sepasang baju kurung.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat turut memuji telatah comel dua beranak ini mengenakan fesyen bagi gambar oufit of the day (OOTD) mereka sepanjang menyambut perayaan Aidil Fitri meskipun disambut secara sederhana namun masih mengenakan pakaian tradisional pada raya yang ke-empat.

“Kalau rambut panjang mesti orang ingat gegirl! Muka macam mummy😍 🥰 😘”

Menyifatkan kulit anak penyanyi ini putih dan gebu serta saling tak tumpah seperti kulit ibunya, ramai yang berkemungkinan berasa keliru bahawa anak lelakinya ini seakan-akan seperti kanak-kanak perempuan.

Namun, tidak hairan jika terdapat kanak-kanak yang comel dan sukar untuk dibezakan jantinanya jika hanya sekali imbas, oleh yang demikian, mendidik anak mengenakan pakaian mengikut jantinanya merupakan kewajiban bagi setiap ibu bapa.

Sejak kecil lagi kanak-kanak perlu dilatih supaya berpakaian melambangkan syiar Islam, usah menanti sehingga tiba tahap akil baligh justeru perlu diasuh dan diberi pakaian yang bersesuaian dengan hukum jantinanya sejak masih mumaiyiz lagi.

Walau bagaimanapun, jelaslah pasangan penyanyi Bella Astillah dan Alif Aziz ini semestinya sudah mengetahui batas-batas pemakaian buat anak lelakinya itu, dan bertindak tidak berlebihan meskipun terdapat salah faham daripada penampilan yang dikongsi melalui sekeping gambar.

Apa-apa pun, netizen di luar sana diharapkan jangan lah mudah untuk menghukum tanpa usul periksa ya, kesian Ayden tu tak pasal-pasal kena ‘tuduh’ pakai skirt perempuan.

 

Sumber: Instagram Bella Astillah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "Takut Langgar Huvkum Pemakaian Mengikut Jantina, Netizen Terkejut Bella Astillah Beri Anak Lelaki Pakai ‘Skirt’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*