Tahun Pertama Bergelar Isteri, Mira Filzah Raikan Aidilfitri Bersama Keluarga Mentua

Biasanya bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin, pastinya Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan yang sangat dinantikan, lebih-lebih lagi part berebut balik kampung.

Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semua orang tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman jadi disebabkan itu lah semua hanya beraya di rumah masing-masing.

Pelakon Mira Filzah yang baru berumah tangga pada September tahun lalu telah menyambut Aidilfitri pertamanya sebagai seorang isteri di rumah keluarga mentuanya.

Kebiasaannya, Mira akan pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak tapi kali ini beliau menyambutnya bersama keluarga Wan Emir sahaja.

Tahun ini, Mira memilih tema berwarna biru dan lebih menarik lagi ahli keluarganya yang lain turut memakai warna yang sama!

Tak pe lah, tahun ni raya dengan keluarga mentua nanti tahun depan dapat lah beraya bersama dengan keluarga sendiri kan.

Atau siapa tahu nanti beraya bertiga pula ya, eh?

Sumber foto: Instagram Mira Filzah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "Tahun Pertama Bergelar Isteri, Mira Filzah Raikan Aidilfitri Bersama Keluarga Mentua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*