“Sudah Bergelar Ibu”Ain Edruce Timang An4k Perempvan

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Ain Edruce yang selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 1.30 pagi semalam.

Menurut Ain, bayi perempuan seberat 2.79 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perub4tan di Subang Jaya, Petaling Jaya. Ain berkata pada awalnya dia meneka bak4l menimang anak lelaki, namun tekaan suaminya tepat dia akan melahirkan anak perempuan.

“Pada mulanya, Ain meneka bakal dapat anak lelaki. Suami pula menebak anak sulung kami perempuan.

“Nampaknya, tekaan suami betul. Biar apa pun, saya dan suami menyambut tanda cinta kami ini dengan penuh kesyukuran,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Ain berkata dia tidak sangka akhirnya sudah bergelar ibu. Kata Ain lagi, dia berharap kehadiran cahaya mata itu dapat menyerikan lagi rumah tangga mereka.

“Bila cakap saya sudah jadi ibu, terasa macam di awang-awangan. Semestinya saya dan suami mengharapkan rumah tangga diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung.

“Diharapkan tanggungjawab baharu ini dapat saya pikul sebaik mungkin… Insya-Allah. Syukur proses kelahiran anak sulung kami dipermudahkan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Rotikaya

Be the first to comment on "“Sudah Bergelar Ibu”Ain Edruce Timang An4k Perempvan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*