Sharifah Rose Promosi Drama Pertama, Netizen Tak Kasi Can Hentam Kaw-kaw

Instafamous yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose telah memuat naik sedutan drama bersiri pertamanya di Twitter. Kegembiraannya jelas dengan kapsyen penantian sekian lama kini berakhir namun disambut dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Bagi pengikutnya, mereka tidak sabar untuk menonton bintang kegemaran mereka beraksi. Bagaimanapun, lebih ramai yang menjadikannya bahan jenaka, siapakah yang menunggu drama klise sebegini?

Foto : IG

Netizen menyatakan bagaimana drama yang mempunyai tema cinta cringe sentiasa mendapat tempat di kaca televisyen? Sudah tiada cerita lain kah yang menarik untuk ditayangkan?

Selain itu, mungkin masih ramai lagi yang terbawa-bawa antara perang dingin berbalas kenyataan antara Izara Aisyah – Sharifah Rose dan netizen di Twitter satu ketika dahulu.

 

 

Foto :Twitter

Foto : IG

Bagaimanapun, ada juga netizen yang meminta agar pelakon baharu ini diberikan peluang memandangkan ianya adalah drama pertama lakonannya. Jangan lah terlalu kejam, okey?

 

Foto :IG

Apa pun, kita nantikan bagaimana sambutan drama bersiri ini. Baru episod pertama kan? 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:– CARI

Be the first to comment on "Sharifah Rose Promosi Drama Pertama, Netizen Tak Kasi Can Hentam Kaw-kaw"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*