Neelofa & Suami Didakwa Rentas Negeri Lagi, Netizen Dedah Bukti Gambar

Pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz sekali lagi mencetuskan kontrov3rsi apabila mereka dikatakan telah merentas negeri buat kali kedua bagi membeli karpet dipercayai di pusat perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.

Netizen Sempat ‘Download’

Neelofa dan suami dikatakan berada di lokasi berkenaan selepas usahawan ini memuat naik video di Instastorynya yang menunjukkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di pusat perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan. Bagaimanapun video tersebut telah pun dipadam Neelofa namun sempat dimuatnaik oleh netizen.

Rata-rata mempertikaikan tindakan dan tujuan pasangan selebriti ini ke sana selain mendakwa Neelofa dan PU Riz menetap di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diketahui umum mengenai larangan merentas negeri.

Netizen Dedah Bukti 

Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, beberapa foto pasangan ini yang diambil oleh netizen yang berada di premis tersebut turut didedahkan di media sosial.

Selain itu, pengusaha karpet berkenaan juga memuatnaik gambar bersama di laman Facebook sebelum bertindak memadamnya tidak lama kemudian.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang penjelasan lanjut dibuat oleh Neelofa mahupun PU Riz di media sosial.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai MY

Be the first to comment on "Neelofa & Suami Didakwa Rentas Negeri Lagi, Netizen Dedah Bukti Gambar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*