Masuk rumah pel4nggan lepas hantar makanan, tind4kan rider ini buat gadis jatvh hati

Tidak dinafikan lagi, pekerjaan sebagai seorang ‘rider’ memang sangat menc4bar dek kerana pelbagai hal4ngan yang perlu ditempuhi sewaktu bekerja seperti faktor cuaca atau nahas jalan raya.

Biarpun sering berdepan pelbagai kesukaran ketika menjalankan tugas, ramai yang masih menjaga akhlak dan tidak lupa menunaikan ibadah sebagai seorang Hamba Tuhan yang Maha Esa.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok baru-baru ini, seorang gadis dikenali sebagai Yaya bercerita tentang pengalamannya berjumpa dengan seorang ‘rider’ atau penghantar makanan yang cukup baik.

Minta izin tumpang solat

Sebaik selesai menghantar pesanan makanan, lelaki berkenaan meminta izin untuk tumpang menunaikan solat buat seketika di rumahnya.

Situasi tersebut sekali gus membuatkan gadis itu ‘cair’ melihat kesopanan lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga sanggpun menunggu di luar rumah untuk memberi ruang kepada ‘rider’ itu beribadah.

Di samping itu, Yaya memohon maaf jika ‘rider’ terbabit sudah menjadi milik orang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan akhl4k lelaki itu. Malah, ada yang memuji tind4kan Yaya kerana sanggup menunggu di luar untuk menjaga batas pergaulan dengan lelaki ‘ajnabi’.

Lelaki jaga solat buat perempuan ‘cair’


Bagusnya awak, duduk luar

 

Jatuh hati sebab jaga solat, bukan sebab rupa

Kita Jaga Solat, Allah Jaga Kita

Solat adalah alat yang menghubungkan insan dengan Tuhannya. Solat umpama tiang yang mengukuhkan sesuatu struktur.

Tanpa tiang, akan runtuhlah sesebuah struktur berkenaan. Solat yang mantap adalah bagaikan cahaya dan cahaya.

Solat yang khusyuk merupakan idaman kalbu di kalangan orang yang beriman. Solat yang khusyuk akan menyelesaikan semua masalah dunia. Solat yang khusyuk petanda jantung hati kita sentiasa bersih daripada sifat mazmumah.

Di dalam solat terkandung bacaan wajib iaitu surah Al Fatihah. Surah al Fatihah merupakan surah yang paling agung. Surah inilah yang merumuslan 113 surah berikutnya.

Surah ini bisa mencuci hati insan yang k0tor kerana dengan surah ini, insan berkomunikasi dengan TuhanNya.

Seseorang yang solat dengan laju, jiwanya m1skin dan jantung hatinya masih tidak memiliki kenikm4tan solat.

Malah Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis pernah menyuruh seseorang mengulangi solatnya:

“Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Benarlah jawapan golongan tasawwuf bahawa punca solat tidak khusyuk adalah kerana hanya jasad bergerak, tetapi j4ntung hatinya tidak mengingati Allah.

Orang yang berjaya adalah orang yang khusyuk di dalam solatnya. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya:

“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha: 14)

Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib.

Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? Rujuk Ihya’ Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).

(Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – BAYAN LINNAS SIRI KE-82)

Mahukah kita mencapai tahap golongan yang beriman?

Golongan beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya. Hati mereka kaya. Jantung hati mereka bercahaya. Cahaya dalam cahaya.

Di dalam jantung hati mereka tiada keserabutan memikirkan dunia yang menipu. Golongan yang berjaya inilah mereka yang khusyuk dalam solatnya:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Surah Al-Mu’minun:1-2)

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TikTok Yaya, ohmymedia, https://iluvislam.my/

Be the first to comment on "Masuk rumah pel4nggan lepas hantar makanan, tind4kan rider ini buat gadis jatvh hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*