“Kalau Tak Suka Jangan Tengok”- Dik3cam Kerana Tak Ajar Anak Berpuasa, Ini Alasan Zarina Zainuddin Yang Buat Netizen Terdiam

Pelakon Zarina Zainuddin akui sukar untuk menjelaskan situasinya apabila ada netizen yang meng3camnya kerana tidak mengajar anak berpuasa.

Menurut Zarina, bukan dia tidak mahu mengajar tetapi anak autismenya Azal dan Azil tidak memahami meskipun sudah diminta untuk berpuasa.

“Semalam ada dapat komen dalam Instagram (IG) kenapa tak ajar anak berpuasa. Susah nak explain kalau orang tiada di tempat kita.

“Anak saya empat orang yang tiga orang tu berpuasa penuh. Dua orang autism Azal mild autism Azil memang saya tak dapat Nak ajar sebab dia tak faham.

“Azil saya jaga seperti biasa rutin hariannya tetap sama bila di rumah saya akan siapkan breakfast dia dan lain-lain,” katanya.

Zarina menjelaskan perkara tersebut di IG miliknya.

Menerusi entri yang sama, dia memuat naik rakaman video anaknya sedang makan di siang hari.

Kata Zarina, dia sering kali berkongsi rutin anaknya di IG dan mengalu-alukan kepada pengikutnya untuk unfollow jika tidak suka dengan apa yang dimuat naik.

“Saya kongsikan rutin harian Azil di sini, kalau tak suka jangan tengok IG saya.

“Dalam televisyen (TV) pun penuh iklan makanan rancangan masakan, kalau rasa itu pun mengugat keimanan encik so tak payah tengok TV yea banyak yang terlebih cerdik bila bab komen-komen tentang anak saya macam dia yang duduk sekali dengan saya.

“Nak marah bulan puasa .. kurang pahala puasa .. Jadi saya block saja kalau komen tu buat saya s4kit jiwa,” tegasnya.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat anak lelaki termasuk sepasang kembar, iaitu Azal dan Azil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Tak Suka Jangan Tengok”- Dik3cam Kerana Tak Ajar Anak Berpuasa, Ini Alasan Zarina Zainuddin Yang Buat Netizen Terdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*