Berjog3t sakan buat MV lagu raya, rupa-rupanya Aliff Shukri cerob0h rumah A. Aida!

PENERBIT drama, Datuk A. Aida terkejut tatkala menonton sebuah muzik video (MV) hari raya dengan aksi seorang usahawan kosmetik berjoget riang dengan menggunakan lokasi dikenali.

Selepas diam4ti betul-betul, sah, itu rumah persinggahan A. Aida iaitu Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang yang digunakan oleh Datuk Seri Aliff Syukri untuk penggambaran MV lagu berjudul Lala Raya tanpa izinnya.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, mendakwa ahli perniagaan itu mencerob0h dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut.

“Tadi pengurus saya call… dia tanya tahu tak yang Aliff guna rumah saya di Janda Baik itu untuk MV lagu raya dia. Memang saya terkejut la apabila tengok MV itu, sebab saya tak tahu apa-apa.

Aliff dan beberapa penyanyi serta penari latar merakam MV tersebut di belakang rumah percutian milik A. Aida.

“Saya tanya pekerja saya macam mana Aliff boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat.

“Ketika itu tak ada siapa dekat situ… malah pekerja saya kata, Aliff panjat untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira menceroboh! Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya,” katanya kepada mStar.

Yang saya s4kit h4ti, dia langsung tak ada hubungi saya.

A. AIDA

PENERBIT

Hasil pemeriksaan mStar pada MV lagu nyanyian Aliff yang dilancarkan di YouTube pada Isnin itu jelas menunjukkan beberapa scene dia bersama beberapa penari latar berada di beranda dan belakang rumah tersebut.

Dalam pada itu, penerbit drama Andainya Takdir ini memberitahu Aliff tidak pernah menghubunginya untuk meminta izin sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Jelas Aida, dia sememangnya tidak membenarkan sebarang rakaman atau penggambaran di rumah percutiannya itu kerana ia eksklusif untuk produksi miliknya iaitu A. Aida Production sahaja.

A.Aida mahu Aliff Syukri beri penjelasan.

“Yang saya sak1t h4ti, dia langsung tak hubungi saya… bukannya dia tak kenal saya dan dia tahu itu rumah saya! Dah la tak minta izin, tak ada langsung letak kredit penghargaan nama resort saya itu.

“Saya memang tak beri mana-mana produksi jalani penggambaran di rumah itu sebab memang eksklusif untuk produksi saya sahaja. Saya mahu jadikan tempat itu eksklusif.

“Sebelum ini, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Tapi dia boleh senang-senang cerob0h! Saya nak Aliff beri penjelasan mengenai perkara ini,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Berjog3t sakan buat MV lagu raya, rupa-rupanya Aliff Shukri cerob0h rumah A. Aida!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*