Berbelas Jam Di Bilik Bers4lin, Ain Edruce Selamat Bersalin Anak Sulung

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Ain Edruce yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam. Berita gembira itu diumumkan oleh Ain menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi video dikongsikan itu, Ain memaklumkan selepas berbelas jam di bilik bersalin akhirnya dia bersalin. Belum lagi mendedahkan jantina anaknya, Ain mengajak peminat untuk meneka terlebih dahulu.

Dalam pada itu, rata-rata rakannya turut mengucapkan tahniah kepada pelakon itu di atas kelahiran anak pertamanya serta tidak sabar untuk melihat bayi berkenaan.

Terdahulu, Ain mendirikan rumah tangga jejaka pilihan hati yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Berbelas Jam Di Bilik Bers4lin, Ain Edruce Selamat Bersalin Anak Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*