Ters4dung Semasa Menyanyi ‘Live’- Ifa Raziah Bersyukur Tiada Yang Mentertawakannya

Lumrah kehidupan menjadi seorang penyanyi ataupun penghibur, kadang kala apa yang mereka praktikkan sebelum live show itu tidak menjadi seperti yang diharapkan. Meskipun ada dikalangan selebriti kita yang bertungkus lumus berlatih sebelum persembahan kerana ingin memberi persembahan yang terbaik. Namun begitu, kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang dan segalanya ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa. Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Panas dan Miss Diva atau nama sebenar Ifa Raziah ini dikatakan jatuh terduduk semasa membuat persembahan secara langsung. Aduh, sak!tnya terjatuh!

Menurut Ifa, rata-rata daripada penonton di majlis yang menjadi saksi !nsiden itu langsung tak mentertawakan Ifa. Malah, ada yang terus bangun daripada tempat duduk mereka dan terus membantu Ifa untuk bangun semula. Wah, macam ni la masyarakat Malaysia yang kita mahukan. Sentiasa menghormat! satu sama lain dan sentiasa beradab lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan insiden seperti itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada mereka memandang perkara ini dalam sudut yang positif apabila mereka memberi semangat kepada Miss Diva Ifa serta memuji perwatakan Ifa yang professional dan tidak cepat melatah dalam menghadapi situasi seperti itu. Menerusi ruangan komen video tersebut,  ada juga yang membanjiri komen tersebut dengan melvahkan perasaan prihatin mereka terhadap keadaan Ifa sama ada penyanyi dangdut ini dalam keadaan baik atau tidak.

Namun begitu, ada juga di kalangan mereka yang meninggalkan komen-komen berbavr k4sar dek kerana gelagat Ifa yang menari di depan khalayak ramai itu tidak sopan. Netizen ini ada saja benda yang mereka akan komen. Kalau dah nama pun penghibur, mestilah kena ‘extra’ terutamanya semasa membuat persembahan. Kalau kita nyanyi bersahaja dan tak semangat, orang pun tak mahu mendengar. Namun Ifa tidak mem4rahi mereka malah menerima setiap komen tersebut dalam sudut yang positif.

Bukan senang nak kekal tenang dan tampak professional apabila jatuh di khalayak ramai ni lebih-lebih lagi apabila jatuh semasa membuat persembahan live.  Haa…siapa yang dekat sini pernah jatuh depan orang ramai? Baik mengaku…Hiks!

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: Tiktok Ifa Raziah

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: koolfm

Be the first to comment on "Ters4dung Semasa Menyanyi ‘Live’- Ifa Raziah Bersyukur Tiada Yang Mentertawakannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*