“Tak Launch Lagi Free Marketing Dah Gegar Satu Negara” – Neelofa Komen Isu ‘Outlet’ Di Langkawi

Surat kenyataan rasmi yang mengatakan Neelofa dan Haris Ismail ke Langkawi atas pembukaan cawangan baru Chatime menjadi buah mulut wargamaya apabila pihak Chatime Malaysia melalui laman akaun Twitter dan Facebook, memadam posting berkenaan.

Menurut spekulasi wargamaya, pihak Chatime dan Neelofa menyalahgunakan surat rasmi atas urusan peribadi. 

Malah, terdapat segelintir wargamaya yang menyatakan bahawa Chatime tidak bertindak secara professional dalam menangani isu ini. Hm, apakah sebenarnya yang berlaku?

Hari ini, Neelofa, melalui akaun Instagramnya story membuat kenyataan seakan-akan menjawab spekulasi yang sedang hangat di media sosial. Menurutnya, hebahan yang berlaku seperti pemasaran percuma buatnya.

Beliau mengesahkan bahawa pembukaan outlet Chatime baharu akan dibuka di Langkawi dan meminta supaya orang ramai bertenang. 

“Bertenang semua  di luar sana..tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara..syukur rezeki Allah atur, now berjuta orang tahu outlet Chatime saya akan dibuka di Langkawi..”

Sebelumnya, beliau telah memuat naik gambar kad yang dikirimkan daripada pihak Chatime yang mengandungi ucapan gembira di atas kolaborasi mereka. 

Setakat ini kita masih menunggu kenyataan rasmi kedua-dua pihak  dan pengumuman tarikh pelancaran yang bakal diadakan. Apa pun, moga dipermudahkan urusan perniagaan Neelofa. 

Penulis: Danisha Dalily

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "“Tak Launch Lagi Free Marketing Dah Gegar Satu Negara” – Neelofa Komen Isu ‘Outlet’ Di Langkawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*