Tak cukup tolong rider kemal4ngan tepi jalan, nurse pecut pula hantar order pelanggan..Tak lama kemudian ada seseorang datang rumah

KALAU sudah namanya jururawat, pasti sifat mahu membantu orang lain sudah sebati dalam diri walaupun berada di luar waktu kerja.

Begitulah kisahnya wanita ini yang tidak berlengah membantu seorang penghantar makanan (rider) yang ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja.

Lebih mengkagumkan, dia sempat menjadi ‘rider bidan terjun’ dan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan rider tersebut.

Video insiden itu yang dikongsikan di aplikasi TikTok sehingga kini meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Hidayah Abdul Rahman berkata ketika itu dia dan suaminya yang dalam perjalanan pulang ke rumah melihat satu kemalangan kecil yang baru berlaku di depan mata mereka sendiri.

“Suami minta saya turun kereta dan bantu tengokkan m4ngsa… kebetulan saya masih beruniform. Rider tu alami lvka-lvka di muka dan beberapa bahagian badan. Saya bantu berdasarkan apa yang saya pelajari.

“Masa tengah bantu rider tu, mulutnya tak henti-henti sebut pasal makanan yang tak sempat dihantar kepada pelanggannya. Saya minta dia call dulu keluarga dan pihak yang berkaitan, inform pasal kem4langan.

“Sementara nak tunggu bantuan dan keluarganya datang, saya dan suami sepakat nak tolong hantarkan makanan tu kepada pelanggannya. Dia beritahu lokasi rumah pelanggan dan kami pun terus pecut ke sana,” cerita jururawat yang bertugas di Hospital Sultan Ismail, Johor ini.

Nurul Hidayah (kanan) dan suaminya tidak menyangka menerima kunjungan CEO OdeJee, Yusaini Ali selepas membantu seorang rider syarikat berkenaan yang ditimpa kem4langan.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi, pelanggan yang sememangnya sedang menunggu di luar rumah terkejut dan tidak menyangka seorang jururawat datang menghantar makanannya.

“Saya beritahu apa yang berlaku dan dia pun bergegas ikut kami ke lokasi kem4langan semula untuk lihat keadaan rider tersebut. Rider ni bekerja dengan syarikat OdeJee, masa tengah teman dia, memang tak henti-henti majikannya telefon tanya pasal keadaannya.

“Tak lama lepas tu famili rider ni sampai.. bukan setakat famili, tapi team dekat HQ pun datang sekali. Team mereka ada minta nombor telefon saya. Saya pun beri dan kemudian beredar selepas itu,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Namun tanpa disangka-sangka, tidak lama selepas sampai di rumah, Nurul Hidayah menerima panggilan daripada pihak OdeJee memaklumkan mahu bertemu dengannya.

Alhamdulillah… tak sangka niat ikhlas membantu rider tu rupa-rupanya terpalit rezeki.

NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN

JURURAWAT

“Saya pun beritahu alamat rumah. Tak sangka, orang yang datang ke rumah adalah CEO OdeJee, Encik Yusaini Ali. Mereka sampaikan ucapan penghargaan. Memang tak sangka sangat sebab niat kita betul-betul ikhlas nak membantu saja,” ujarnya mengimbas kembali peristiwa yang berlaku bulan lalu itu.

Malah ujar Nurul Hidayah, pihak OdeJee turut mempelawa suaminya untuk menyertai pasukan mereka.

“Alhamdulillah… tak sangka niat ikhlas membantu rider tu rupa-rupanya terpalit rezeki,” ujarnya yang sudah sembilan tahun bergelar jururawat.

Bercerita pula mengenai pengalamannya sepanjang bertugas, Nurul Hidayah berkata terlalu banyak peristiwa yang menginsafkan dan membuatkan dirinya terkesan, lebih-lebih lagi apabila menyaksikan d3tik kem4tian pes4kit.

Rakaman daripada CCTV ketika pihak OdeJee berkunjung ke rumah Nurul Hidayah.

“Macam kisah baru-baru ni, seorang p3sakit lelaki men1nggal dun1a secara meng3jut di depan mata, sedangkan kami sedang bersembang. Pakcik ni dia masuk wad sebab sak1t d4da.

“Masa tu memang saya yang tengah attend dia. Masa tu dia tengah nak tukar baju biasa kepada baju hospital. Dia seloroh cakap ‘bila sihat senang je pakai, bila s4kit susah pula’.

“Masa dia tengah berdiri sambil tukar baju, tiba-tiba dia terdiam. Saya pun dah rasa lain… terus bangun dan mujur sempat paut badannya sebelum dia tumb4ng. Doktor terus datang dan intubate serta buat CPR namun dia tak dapat diselamatkan.

“Sekelip mata saja… kalau aj4l, memang tak cepat dan tak lambat walau sesaat,” ceritanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tak cukup tolong rider kemal4ngan tepi jalan, nurse pecut pula hantar order pelanggan..Tak lama kemudian ada seseorang datang rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*