Netizen Pertahankan Neelofa Selepas Digelar Bohs1a Kelantan

Isu pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz didakwa merentas negeri kononnya untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah masih hangat diperkatakan.

Gelar Neelofa Jalang?

Biarpun pihak berkaitan telah menjelaskan tujuan pengantin baharu itu ke Langkawi atas urusan kerja namun terdapat segelintir netizen masih mempertikaikannya. Ini termasuklah membuat kecaman melampau terhadap bekas pengacara MeleTOP itu dengan beranggapan bahawa Neelofa masih bersikap ‘jalang’ dan bersifat kenegerian.

“DAH BERNIQAB PUN MASIH TAK HILANG PERANGAI BOHS*A KELANTAN DIA” TULIS SEORANG PENGGUNA LAMAN TWITTER

Sudah Padam Ciapan 

Kecaman tersebut dibuat selepas Neelofa meluahkan rasa syukur kerana mendapat publisiti yang meluas mengenai cawangan terbaharu Chatime miliknya yang akan dibuka di pulau peranginan tersebut.

“BERTENANG SEMUA DI LUAR SANA..TAK LAUNCH(RASMI) LAGI FREE MARKETING (PROMOSI PERCUMA) DAH GEGAR SATU NEGARA. SYUKUR REZEKI ALLAH ATUR, NOW (SEKARANG) BERJUTA ORANG TAHU OUTLET (CAWANGAN) CHATIME SAYA AKAN DIBUKA DI LANGKAWI” TULIS NEELOFA

Sudah Padam Ciapan 

Dalam pada itu, rata-rata pengguna laman Twitter bertindak mempertahankan Neelofa daripada dikecam sedemikian.

Ujar salah seorang daripada mereka, biarpun tertanya mengenai kebenaran rentas negeri yang diterima oleh Neelofa dan suaminya, namun ia tidak bermaksud orang ramai boleh melabelkan selebriti itu sedemikian.

Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my, ciapan tersebut telah pun dipadam oleh netizen itu tidak lama kemudian.

Dalam perkembangan beraitan, media tempatan melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terhadap pasangan itu selepas didakwa sedang berbulan madu di Pulau Langkawi. Difahamkan,sekiranya dakwaan tersebut adalah benar mereka jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Sumber:Murai

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/2021/04/02/netizen-pertahankan-neelofa-selepas-digelar-bohs1a-kelantan/

Be the first to comment on "Netizen Pertahankan Neelofa Selepas Digelar Bohs1a Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*