Hubungan Mesra Dengan Azira Shafinaz Jadi Tanda Tanya, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad

Hubungan di antara aktor Sharnaaz Ahmad, 36, dengan pelakon Azira Shafinaz, 30, kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memutuskan untuk tidak memberi sebarang komen lanjut mengenai gosip itu.

“No komen,” katanya menerusi kiriman mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, usaha untuk mendapat penjelasan daripada pemilik nama Azira Shafinaz Ramlan pula gagal apabila dia itu tidak membalas mesej yang dihantar.

Pelakon filem Polis Evo 3 ini didakwa sudah mempunyai pengganti selepas memuat naik foto mem3luk bahu anggota kumpulan De Fam di Instagram Stories, baru-baru ini.

Anak kelahiran dari negeri Pulau Pinang itu juga mengucapkan terima kasih kepada pelakon filem Penunggang Agama yang disertakan emoji ‘kiss’ kerana memberikan hadiah pelitup muka.

Sebelum ini, Azira antara selebriti yang turut sama menyertai misi bantuan banjir 6.0 yang diketuai Sharnaaz dan Mamu Legacy.

Sharnaaz juga dilihat pernah membuat hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 di Instagram pada 26 September 2020.

Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun berc3rai pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad.

Azira pula sebelum ini mengakui sudah sembilan tahun bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Hubungan Mesra Dengan Azira Shafinaz Jadi Tanda Tanya, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*