“Gelak Pun Sama Dengan Ayam..” – Warganet Terhibur Gelak Kak Lina Pom Pom Di ‘Ejek’ Ayam Belanda

Apabila kita sebut nama Elly Mazlien ini sudah pasti ramai yang mengenali penyanyi, pelakon dan pengacara hebat yang lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom. Kini, beliau semakin aktif dalam bidang lakonan dan mengacara berbanding bidang nyanyian. Baru-baru ini, tular di media sosial Tiktok apabila gelak Kak Lina Pom Pom di ‘ejek’ oleh ayam Belanda semasa sedang berlakon. Comel gelagat Kak Lina Pom Pom ni, sangat menghiburkan tau! Ger4m je..hiks!

Difahamkan, video belakang takbir yang berdurasi 43 saat itu direkod semasa Kak Lina Pom Pom sedang berlakon untuk sebuah drama tempatan bersama aktres jelita Uqasha Senrose. Apa yang lebih menghiburkan ialah reaksi Kak Lina Pom Pom yang secara spontan telah memarahi ayam Belanda itu kerana mengikut gelak tawanya semasa berlakon. “Diam! Biar aku ketawa. Dia sama naik dengan kita. Scene kita ni tahu tak?” ujar Kak Lina Pom Pom kepada ayam Belanda itu dalam nada yang terhibur.

Umum mengetahui Kak Lina Pom Pom amat dikenali di kalangan kita dek kerana perwatakannya yang ‘masuk air’ itu tidak pernah jemu membuat peminat-peminatnya kering gusi dengan perwatakannya yang menarik. Video yang dimuat naik itu mendapat 13.8 ribu sukaan dan 561 komen daripada warganet. Amboi…suka ya tengok gelak Kak Lina Pom Pom kena perli dengan ayam Belanda ni…Nakal ya!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada warganet turut terhibur melihat gelagat Kak Lina Pom Pom yang memarahi ayam tersebut. Gelagat Kak Lina sering mencuit hati peminat-peminatnya. Reaksinya yang spontan dan bersahaja itu mampu untuk menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi dari segi lenggok percakapannya. Bila berlakon dengan Kak Lina ni, kalau tak terhibur itu tak sah la.

 

Sumber: Tiktok 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "“Gelak Pun Sama Dengan Ayam..” – Warganet Terhibur Gelak Kak Lina Pom Pom Di ‘Ejek’ Ayam Belanda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*