[GAMBAR] Tengku Norashikin Menangis Buat Rakyat Seb4k

Beberapa keping foto Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang kelihatan begitu sedih sehingga mengalirkan airmata tular di media sosial selepas baginda kehilangan ayahanda tercinta, Tuan Haji Abdul Rahman Baba,89 semalam.

Ramai Sebak 

Gambar via BERNAMA

Rata-rata pengguna media sosial akui berasa sebak selepas melihat foto yang meruntunkan hati mereka yang diambil oleh petugas media dan istana di majlis pengebumian ayahanda Tengku Norashikin. Di kesempatan itu, mereka turut menitipkan ucapan takziah buat Tengku Norashikin dan keluarga diraja atas pemergian Allahyarham.

Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua

Memetik info Selangor Roya Official, Allahyarham Haji Abdul Rahman Bin Baba meninggal dunia pada jam 3.40 pagi, 20 April 2021 (Selasa) kerana sakit tua di kediamannya di Shah Alam. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.Tengku Norashikin merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur dan semasa hayatnya pernah berkhidmat bersama Askar Melayu berpengkalan di Kem Terendak, Melaka. Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai MY

Be the first to comment on "[GAMBAR] Tengku Norashikin Menangis Buat Rakyat Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*