“Bukan Senang Nak Tengok Nabila Huda Kena Prank’ – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Nabila dan Keisha

Sudah menjadi impian setiap ibu bapa di dunia ini untuk mempunyai hubungan yang baik dengan anak mereka terutamanya apabila anak-anak sudah mencecah remaja. Seronok apabila kita dapat menjadi kawan berborak mereka sehingga mereka boleh meluahkan isi hati yang terpendam tanpa segan silu kepada ibu bapa. Aktres jelita dan berbakat besar, Nabila Huda memuat naik sebuah video di akaun Instagram yang menunjukkan Nabila di ‘prank‘ oleh anak jelitanya, Keisha Laila. Gelagat Nabila dan Keisha sangat mencuit hati pengikut Nabila terutamanya apabila melihat reaksi muka Nabila yang blur. Pandai Keisha kenakan mummy dia ya!

Begitulah  perumpaan ‘di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’ yang sesuai untuk menggambarkan gelagat Nabila dan Keisha ini. Umum mengetahui Nabila sering bergurau manja dengan anaknya yang comel itu sehingga Keisha berderai air mata. Kali ini, Keisha pula yang mengambil peluang emas itu untuk bergurau dengan ibunya yang baru saja pulang daripada kerja itu. Penat bekerja pun Nabila tetap melayan karenah anaknya yang bijak itu. Sejujurnya, apabila tengok video prank Keisha tersebut, kita pun tak terfikir macam mana nak keluar kan kain itu tanpa terkena air paip yang sedang mengalir. Hebatnya Keisha!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Meninjau di ruangkan komen, rakan-rakan selebriti turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu yang sangat mencuit hati.  Video yang telah mencecah 148 ribu tontonan itu meraih perhatian pengikut Nabila yang turut terhibur melihat Nabila di prank oleh anaknya. Dua beranak ni ada bakat yang besar untuk masuk program lawak spontan ni..sudah semestinya pecah perut! Di ruangan komen video tersebut, ada juga di kalangan netizen yang cuba meneka jawapan untuk selesaikan trick Keisha tu iaitu dengan menutup air paip namun rupa-rupanya jawapan mereka pun salah ya. Masing-masing dipermainkan oleh Keisha. Alahai, netizen pun comel eh!

Semoga Nabila terus tabah la ye melayan karenah anaknya yang semakin lama semakin banyak idea nak kenakan mummy dia. Kita yang tengok ni pun geram saja dengan karenah Keisha ni. Haa..cuba cerita gelagat anak beranak selebriti mana lagi yang anda suka tengok?

Sumber: Instagram Nabila Huda

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM via Kool FM

Be the first to comment on "“Bukan Senang Nak Tengok Nabila Huda Kena Prank’ – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Nabila dan Keisha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*