“Buat macam tkde ape eh” – [VIDEO] Roller Coaster 30 Minit Dekat Puncak, Penumpang Relax Je Turun Jalan Kaki

Siapa dekat sini yang suka pergi taman tema sebab nak naik roller coaster? Bagi peminat benda ekstrem, permainan tu kira ‘kacang’ saja untuk dia orang.

Selain itu mesti dulu korang pernah terfikirkan, macam mana lah kalau roller coaster yang korang naik tu, tiba-tiba rosak tengah jalan?

Tengah naik tiba-tiba rosak

Pengalaman ‘menarik’ ini terjadi kepada beberapa orang penumpang roller coaster di United Kingdom, apabila permainan tersebut tiba-tiba rosak ketika mereka sedang menaiki.

Apa yang membuatkan kejadian tu lebih mengerikan, ia terhenti betul-betul di puncak landasan tersebut dan boleh dianggap sangat ‘gila’.

Walaupun begitu, penumpang permainan tersebut dilihat masih tenang seakan tiada apa yang berlaku ketika itu.

30 minit tersadai

Semasa kejadian tersebut berlaku, permainan tersebut dikatakan berada pada ketinggian melebihi 200 kaki dan terhenti lebih kurang 30 minit menurut NDTV. Lama macam tu dekat ketinggian macam tu, goyang woi!.

Tapi apa yang min respect dekat pengunjung , dia orang boleh dengan selambanya turun daripada permainan itu menggunakan tangga yang terdapat pada bahagian tepi.

Walau bagaimanapun, permainan tersebut mula beroperasi semula pada jam 1 tengahari selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan.

Beberapa buah video situasi kejadian itu dimuat naik melalui akaun TikTok @geo_connor dan meraih lebih dari 12 juta views.

“Asal semua orang boleh relax eh?”

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang seakan-akan merasakan betapa gayatnya bila mereka berada dalam situasi tersebut. Selain, ramai juga mempersoal, macam mana dia orang semua ni masih boleh santai.

Gila ke apa, kalau min mahu terketar je tak gerak dari seat tu.

Sumber : TikTok, NDTV

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Buat macam tkde ape eh” – [VIDEO] Roller Coaster 30 Minit Dekat Puncak, Penumpang Relax Je Turun Jalan Kaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*