“Binat4ng apa pandai mengaji?” Lawak teka-teki Dato Awie dianggap keterlaluan

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai lawak teka-teki oleh penyanyi rock terkenal, Dato Awie dalam satu rancangan realiti tv, Muzikal Lawak Superstar.

Awie yang juga selaku juri ada bertanyakan satu teka-teki kepada perserta rancangan tersebut tentang bin4tang apakah yang pandai mengaji? dan jawapan yang diberikan adalah serigala.

Video tersebut telah mengundang rasa tidak senang dan juga krit1kan ramai. Salah seorang pengguna Facebook yang bernama Sulaiman An-nuuri tampil berkongsi pendapat dan teguran mengenai kejadian itu.

Saya dimaklumkan tentang teka teki Awie dalam Muzikal Lawak Superstar. 

Awie bertanyakan soalan binat4ng apakah yang  pandai mengaji. Jawapannya adalah serigala (sambil baca taawudz berlagu) “audzubillahi minasyaitan nirrajim”.

Bagi saya perkara ini tidak lawak dan tidak boleh diterima. Kerana agama bukan alat mainan. Bukan juga bahan untuk dijenakakan. 

Lebih-lebih lagi taawudz ini merupakan doa para nabi dan rasul. 

Bacaan ini jugalah yang diajar kepada kita supaya dapat melindungi diri dan hati daripada goda4n sy4itan. Juga untuk melindungi diri daripada perkara yang boleh memudaratkan agama kita atau memalingkan kita daripada kebenaran seperti kata Imam Ibn Katsir. 

Maka bila kita meminta perlindungan kepada Allah SWT, bermaksud kita meminta bantuan kepada-NYA agar kita diberikan kekuatan. Ini sebagai bentuk kebergantungan kita kepada Allah SWT semata-mata. 

Saya pasti Awie tidaklah berniat untuk mempersendakan agama. Tetapi perkara ini perlu diingatkan atas nama nasihat menasihati sesama saudara seagama. Apatah lagi Awie adalah seorang selebriti yang dikenali ramai. Tidak ada jalan yang lebih terbaik melainkan adalah perbanyakkan istighfar dan bertavbat memohon ampun kepada Allah. Kerana DIA lah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Hamba yang fakir,

Nur Sulaiman

#MuzikalLawakSuperstar2020 #MuzikalLawakSuperstar2

#MLS2020

Mungkin tidak sengaja dan tanpa niat untuk mempersendakan agama, Awie dengan spontan memberikan teka-teki tersebut dan tidak perasan bahawa ianya sangat tidak sesuai untuk dijadikan bahan lawak apatah lagi ketika bersiaran di televisyen yang ditonton jutaan orang. 

Ya lah, manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. Diharapkan pelawak-pelawak tanah air juga lebih peka dan sentiasa mengelakkan dari membuat lawak tentang agama kerana ianya akan mengganggu sensitiviti ramai. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: -CARI

Be the first to comment on "“Binat4ng apa pandai mengaji?” Lawak teka-teki Dato Awie dianggap keterlaluan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*