Ayah Hanya Mampu Bagi Hadiah Roti, Rupanya Ada Sesuatu Kat Dalam

Setiap kali sambutan hari jadi ahli keluarga, mesti kita akan bersungguh-sungguh memberikan kejutan atau hadiah untuk mereka kan. Lagi-lagi sebagai seorang ayah, pasti akan memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak. Sama seperti kejutan yang dikongsikan ini apabila si ayah memberikan kejutan istimewa pada isteri dan anaknya.

Pada awalnya, ayah ini memberitahu hanya mampu memberikan roti sahaja kepada kedua isteri dan anaknya sempena hari jadi mereka. Walaupun tidak mampu untuk memberikan hadiah istimewa yang lain, anak dan isterinya masih lagi tersenyum dan gembira apabila menerima hadiah tersebut. Ternyata, rupa-rupanya ada kejutan lain yang dirancang.

Di dalam video yang dikongsikan ini, si ayah dilihat membawa dua bungkusan roti untuk diberikan kepada isteri dan anak lelakinya. Sambil itu, dia sempat memberitahu bahawa hanya itu sajalah yang mampu diberikan sempena hari jadi mereka ini. Ayah tersebut kemudian meminta kedua-duanya untuk makan roti tersebut dengan segera di hadapannya.

Selepas roti itu digigit, rupa-rupanya terdapat duit kertas yang disorokkan di dalam roti itu. Dengan riak wajah terkejut dan gembira, anak lelaki itu membuka gulungan duit yang merupakan hadiah sebenar dari ayahnya. Bungkusan roti itu juga sebenarnya telah dirapikan semula oleh si ayah menggunakan pemetik api sebelum ia diberikan. Netizen turut memuji kesungguhan ayah ini dalam memberikan kejutan kepada insan tersayang ini.

“Sweetnya babah dia…”

ayah hanya

“Keluarga bahagia.”

ayah

“Untungnya dapat kasih sayang dari seorang ayah..”

komen

“Teringin nak ada ayah and family bahagia macam ni.”

tik tok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Ayah Hanya Mampu Bagi Hadiah Roti, Rupanya Ada Sesuatu Kat Dalam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*