Anak Selamba Tanya Kenapa Ayah Tak Bangun Subuh

Melayan kerenah anak kecil memang kadang-kadang sangat menghiburkan. Lagi-lagi kalau kanak-kanak yang sudah pandai bercakap, memang seronok kalau diajak berbual. Macam yang dikongsikan dalam video ini apabila keletah kanak-kanak perempuan ini yang sangat menghiburkan ramai.

Pada usia begini, kanak-kanak biasanya mempunyai banyak soalan memandangkan sifat ingin tahu mereka yang sangat tinggi. Dan biasanya ibu bapa akan memberikan jawapan kepada setiap soalan yang ditanya mereka kan. Namun lain pula dengan soalan dari kanak-kanak perempuan ini yang mencuri tumpuan ramai.

Di dalam video yang dikongsikan ini, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang berbual dengan ayahnya yang sedang makan. Tiba-tiba kanak-kanak itu bertanya kenapa ayahnya tidak bangun untuk solat subuh pada pagi itu. Lelaki itu kemudian memberitahu anaknya pada pukul berapa dia bangun dan siapa yang membuat susunya kalau bukan si ayah ini.

Gelagat ayah dan anak ini yang bersembang mengalahkan orang dewasa turut mencuit hati netizen. DI ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihatkan kanak-kanak ini bersembang yang mengingatkan ramai tentang pergaduhan di antara adik beradik. Ada juga yang pernah melalui situasi yang sama semasa berbual dengan anak mereka yang masih lagi kecil.

“Ni macam aku do bila gaduh dengan adik beradik.”

kanak-kanak

“Comel gaya sembang dengan ayahnya macam jemah-jemah dah.”

kanak-kanak

“Eh cantik sikit, baru punya. Zaman aku dulu, eh tolong sikit ek.”

komen

“Kantoi lak kenapa ayah tidur balik.”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Anak Selamba Tanya Kenapa Ayah Tak Bangun Subuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*