Alamak! Tunku Azizah Padam Akaun Instagram Selepas Komen “D3ngki Ke?”

Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah malam tadi bertindak menyahaktifkan akaun peribadi Instagram selepas komen Baginda terhadap sebuah pertanyaan dikemukakan oleh seorang pengguna, dikec4m hebat oleh warganet.

Komen “D3ngki Ke?” Trending Di Twitter 

Dalam tangkap layar hantaran terakhir Tunku Azizah di laman Instagram mengenai memasak hidangan popular tempatan seperti bubur lambuk di dapur Istana, terdapat seseorang menyoal sama ada tukang masak Istana turut mendapat suntikan vaksin.

Namun begitu, Baginda membalas dengan jawapan “D3ngki ke?” sebelum ia tular di media sosial dengan pelbagai persoalan.

Aktif Di Instagram Semula

Terbaru, menerusi carian Murai.my mendapati akaun Instagram Baginda kembali aktif dengan sebuah hantaran terbaharu.  Dalam hantaran tersebut, tertera sebuah frasa nasihat seolah-olah menunjukkan situasi kini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Tunku Azizah mengharapkan agar Baginda terus tabah selain terus berkongsi rutin harian di laman Instagram untuk tatapan rakyat jelata.

Sebelum ini, turut tular di media sosial mengenai sebuah dakwaan media luar negara mengaitkan keluarga diraja menerima vaksin Cov1d-19 jenis Sinopharm, yang belum diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara ketika berada di Emiriah Arab Bersatu.

Memetik laporan The Vibes, dalam dakwaan tersebut turut mengatakan 2,000 dos tambahan diberikan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mendakwa ia adalah fitn4h semata-mata.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai.MY

Be the first to comment on "Alamak! Tunku Azizah Padam Akaun Instagram Selepas Komen “D3ngki Ke?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*