“Tiada PKP Menyeluruh Selepas Ini, Rentas Negeri Pula Secara Berperingkat” – PM

Kerajaan mengumumkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh selepas ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bakal melaksanakan strategi kawalan penularan Cov1d-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak neg4tif terhadap ekonomi negara.

“Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Cov1d-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara ataupun sesuatu negeri,” katanya.

Menurut Muhyiddin, untuk rentas negeri pula kerajaan sedia membenarkan secara peringkat, malah mewujudkan special green lane bagi perjalanan sempadan yang melibatkan pengangkutan udara.

“Perlukan sedikit masa lagi,” katanya menerusi sidang media khas PEMERKASA sebentar tadi.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, orang ramai masih mengharapkan supaya merentas negeri dibenarkan.

Rata-rata mereka berharap isu rentas negeri diberi layanan sama rata dan tiada soal pilih kasih membabitkan jawatan tertinggi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Tiada PKP Menyeluruh Selepas Ini, Rentas Negeri Pula Secara Berperingkat” – PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*