“Semoga Kami Dipermudahkan Segala Urusan…,” – Hitung Hari Bersalin Anak Sulung, Tasha Shilla Mohon Doa Daripada Peminat

Pelakon, Tasha Shilla yang kini sedang sar4t hamil mendoakan agar urusan bersalinnya kelak dipermudahkan dan berjalan lancar.

Kandungan usia kehamilan Tasha yang kini sudah mencecah 35 minggu turut memohon doa daripada peminat untuk dirinya.

“Mohon doa kalian semoga kami dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.

“Buat kalian semua, Tasha dan Atiq doakan juga kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang tidak terjangka akan datang. Stay positive and healthy always,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja menanti saat pelakon berusia 34 tahun ini melahirkan anak pertamanya.

Imbas kembali, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020.

Foto: Instagram Tasha Shilla

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

 

Be the first to comment on "“Semoga Kami Dipermudahkan Segala Urusan…,” – Hitung Hari Bersalin Anak Sulung, Tasha Shilla Mohon Doa Daripada Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*