“Semangat dia nak berniaga” – Wanita Ini Raih Sokongan Netizen Walaupun FB Live Guna Bahasa Isyarat

Sekarang ni ada macam-macam cara untuk kita menjual produk. Kalau dulunya pasar malam menjadi pilihan peniaga, kini dengan kemajuan teknologi dan kemudahan internet, platform media sosial menjadi salah satu ruang utama untuk orang berniaga.

Dalam satu video yang dikongsi oleh @Benjiee420 di Twitter, seorang peniaga membuat jualan produk miliknya menerusi FB Live. Apa yang menarik perhatian netizen ialah kesungguhan peniaga wanita itu walaupun hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Cuba korang tengok sendiri video kat bawah ni.

Semangat dia nak berniaga!

Fuhh… cekal betul akak tu berniaga admin tengok. Tapi agak susah gak nak faham sebab kita punya knowledge pasal bahasa isyarat ni limited. Cuma main agak-agak je apa yang nak disampaikan tu.

Untungnya dapat belajar sign language. Belajar betul-betul, senang nak communicate dengan orang kelainan upaya nanti.

Gunakan kekurangan dan jadikan kelebihan dan kekuatan. Admin respek betul dengan akak ni, tak putus asa berniaga, siap buat FB Live lagi tu. Confident!

Betul admin setuju. Hati dia bersih sebab tu muka pun ada seri dan bersih je nampaknya. 

Ada baiknya juga cadangan ni. Harap ada orang yang boleh mahir sign language translate apa yang akak ni cakap. Buat ikhlas untuk bantu akak ni, nanti Tuhan balas rezeki kat tempat lain. 

Admin doakan akak ni dapat sales yang banyak dan untuk berlipat kali ganda. Semoga terus berjaya!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Lobak Merah