Neelofa cakap bakal umum tarikh kahwin, sekali netizan perasan sesuatu masa majlis kahwin Noor Nabila

Umum mengetahui, Noor Nabila telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran semalam. Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan tersebut dilihat cukup indah sekali.

Namun begitu, timbul pula persoalan dalam kalangan netizen apabila PU Riz yang juga merupakan tunangan Neelofa langsung tidak kelihatan ketika majlis tersebut berlangsung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

PU Riz pergi mana?

Tolong cari apa kemenjadian si PU Riz semasa majlis perkahwinan trending semalam. Dalam 1 gambar pun tak ada.

Nak tanya PU Riz datang tak majlis nikah semalam? Tak nampak kelibat dia pun.

Saya nak tahu kenapa PU Riz tak ada dekat majlis pernikahan Nabila semalam?

Di Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan kenapa PU Riz tidak hadir majlis perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran sedangkan teman lelaki kepada Athisha Khan iaitu adik kepada Neelofa turut hadir sama dalam majlis berkenaan. Pelbagai dakwaan dan spekulasi juga telah timbul berikutan hal tersebut. Rata-rata netizen mendakwa PU Riz mempunyai urusan kerja.

Dakwaan sudah kahwin

Sebelum ini, viral tuduhan yang mendakwa Neelofa telah berkahwin secara rahsia di Kelantan bersama PU Riz. Bukan itu sahaja, wujud dakwaan yang mengatakan Neelofa ‘terkena’ minyak pengasih dan memindahkan sejumlah wang ke akaun tunangnya.

Namun begitu, Neelofa telah menafikan segala tuduh4n p4lsu tersebut. Malah, PU Riz turut memuat naik keratan kapsyen ‘Dan ketahuilah Allah akan menyelesaikan segalanya, dengan cara yang kita tidak pernah bayangkan’.

Sumber: Twitter

Hubungan Neelofa, PU Riz baik, bakal umum tarikh kahwin

KUALA LUMPUR: Adat dalam sesebuah perhubungan, pasti ada pasang dan surutnya.

Demikian juga dengan hubungan pasangan sensasi, Neelofa dan PU Riz yang sebelum ini dilaporkan berhadapan dengan masalah.

Selepas melalui proses pemulihan, usahawan dan selebriti tersohor negara itu mengesahkan, hubungannya dengan pendakwah bebas itu sangat baik dan positif.

Dalam masa sama, Neelofa menegaskan, k0ntroversi mengenai pergolakan hubungan mereka seperti yang tercetus baru-baru ini hanyalah salah faham.

“Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik sahaja dan positif. Apa yang terjadi baru-baru ini, hanyalah salah faham.

“Cerita yang tidak berasas hanya memburvkkan keadaan. Sejak insiden itu, hubungan kami okay sahaja,” katanya dalam sidang media secara virtual sempena pelancaran aplikasi gaya hidup

Islam, TheNoor yang dibangunkannya, pada Khamisi.

“Alhamdulillah, komunikasi merupakan kunci utama dan banyak perbincangan antara dua pihak juga terlaksana. Syukur, semuanya bertambah baik,” tambahnya.

Bahkan, Neelofa juga memberi bayangan akan mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam masa terdekat.

“Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dalam keadaan sekarang, di mana angka (jangk1tan) COV1D-19 pada tahap membimbangkan, banyak kekangan yang terpaksa dihadapi.

“Kami ada menghubungi beberapa pihak untuk bertanyakan kesesuaian mengadakan majlis.

“Namun, banyak yang masih menjadi tanda tanya dan tidak jelas. Jadi, sukar untuk kami kongsi perancangan kami,” kata usahawan hijab itu lagi.

Neelofa yang menerima kehadiran keluarga PU Riz pada 1 November lalu berkata, seperti hubungan orang lain, perhubungannya dengan pendakwa itu juga tidak terlepas daripada melalui cabaran.

“Tipu kalau saya cakap dalam perhubungan, tidak ada pahit manis dan naik turun. Kami juga melalui pengalaman sama.

“Ada masa timbul salah faham yang mengganggu perhubungan. Tetapi kami berjaya tangani cabaran itu dengan baik.

“Kami banyak berbincang dan saling berkomunikasi. Kini semuanya semakin baik dan positif. Dalam hal ini, keluarga turut membantu,” katanya.

Aplikasi TheNoor yang dibangunkan Neelofa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Luminous Sdn Bhd merupakan hasil perkongsian tiga rakan kongsi yang dilengkapi pelbagai ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan.

Aplikasi The Noor turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan bahasa Indonesia.

Terjemahan dalam bahasa Melayu itu dilakukan sendiri oleh Neelofa.

“Niat saya, apabila men1nggal dun1a, terjemahan yang saya hasilkan itu dapat memberi manfaat kepada semua orang,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://trendingsangat.pw