Padah rakam cikgu campak murid tadika, sekali guru praktikal ni pula dakwa ‘kena buang’

KISAH seorang guru wanita di sebuah tadika yang bertindak k4sar terhadap muridnya ternyata menimbulkan kem4rahan ramai.

Susulan video tular itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya kini menyi4sat kes guru itu selepas satu laporan dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Dalam perkembangan lain, timbul pula cerita kurang enak apabila individu yang didakwa merakam video berkenaan telah dibu4ng kerja.

“Tolong betulkan balik ya. Saya cikgu praktikal, saya yang rakam.

“Cikgu tu cikgu tetap. Saya yang diberhentikan, bukan cikgu tu,” dakwa wanita itu di Facebook.

Dalam pada itu, posting Facebook oleh salah seorang bapa kepada pelajar di tadika itu turut mengesahkan hal sama.

Menurut Sheikh Al Fariq, dia dimaklumkan video itu tular selepas ia dikongsi di media sosial oleh tunang kepada guru praktikal berkenaan.

Netizen mengu.tuk ker4s tindakan k4sar oleh guru itu.

“Saya mendapat makluman, tujuan rakaman dibuat untuk dihantar ke pihak universiti katanya, sebab mereka praktikal di situ.

“Video tu tersebar sebab tunang kepada cikgu yang merakam video tu nampak kejadian itu sebelum video dihantar ke pihak universiti untuk tujuan semakan kualiti kerja semasa praktikal.

“Lepas tu dia tak puas hati, dia viralkan,” dakwa Sheikh Al Fariq lagi.

Menurut Sheikh Al Fariq, dia turut berjumpa dengan pengetua insitusi pendidikan itu selepas tular kes berkenan.

“Saya datang untuk minta penjelasan sebab anak saya pun bersekolah di situ, cuma cawangan berbeza tapi pengurusan sama.

“Katanya dari pihak sekolah tersebut… cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhenti bekerja serta merta dan laporan polis telah dibuat.

“Nak jumpa cikgu tu dah tak ada. Dah tak dibenarkan mengajar serta-merta. Cuma apa yang saya lihat pihak sekolah terutama pengetua sekolah amat ambil serius tentang perkara ini.

Kata Sheikh Al Fariq lagi, apa yang dilakukan sangat tidak wajar sehingga ia merosakkan nama insitusi terlibat.

Saya datang untuk minta penjelasan sebab anak saya pun bersekolah di situ, cuma cawangan berbeza tapi pengurusan sama.

Malah katanya, dia juga sangat menghormati pengetua itu yang disifatkan cukup dedikasi dalam menjalankan tugasnya.

“Pengetua sekolah memaklumkan kepada saya, beliau telah banyak kali berpesan kepada setiap guru tetap mahupun praktikal supaya kawal emosi semasa mengajar, jangan mengambil tindakan melulu terhadap pelajar, tetapi nasihatnya tidak diendahkan.

“Saya amat menghormati pengetua sekolah tersebut kerana beliau amat berdidikasi terhadap anak murid beliau dan beliau juga sangat aktif dalam memaklumkan perkembangan setiap pelajar di sekolah tersebut.

“Memang tak wajar apa yang dilakukan oleh individu tersebut, kerana setitik nila habis semua cikgu mendapat tempiasnya termasuk pihak sekolah.

Sebahagian perkongsian bapa kepada salah seorang pelajar di sekolah itu.

“Pihak sekolah tu dah 30 tahun beroperasi. Ini kejadian pertama berlaku,” tulisnya lagi di Facebook.

Dalam perkembangan terbaharu pada Sabtu, guru dalam video itu telah ditahan dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

“Guru itu dit4ngkap dan telah mendapat jaminan polis,” ujar Baharudin.

Pada Jumaat, tular rakaman 10 saat memaparkan guru itu mencampak seorang pelajar tadika di dalam sebauah kelas.

Dia dapat didengar sedang menjerit kepada kanak-kanak itu sebelum mencampaknya sekali lagi sementara kanak-kanak lain memerhatikan dalam keadaan diam.

Seorang wanita lain dapat dilihat dalam video itu, tetapi dia tidak melakukan sebarang tindkaan untuk menghalang guru itu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Padah rakam cikgu campak murid tadika, sekali guru praktikal ni pula dakwa ‘kena buang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*