Maria Farida dah 52 rupanya! namun kelihatan muda

Semua tahu bahawa Maria Farida adalah salah seorang pelakon wanita yang bukan sahaja jelita tetapi juga awet muda malah menjadi inspirasi kepada ramai gadis-gadis muda.

Sebuah rakaman yang tular oleh pelakon itu baru-baru ini mengundang ramai yang cuba merungkai bagaimana bekas model itu menjaga kulitnya.

Walaupun rata-ratanya setuju bahawa pelakon tersebut mampu untuk membuat rawatan yang mahal bagi mengekalkan kejelitaannya, ada juga yang percaya bahawa mempunyai rutin kecantikan yang betul adalah salah satu cara untuk mendapatkan kulit awet muda seperti Maria Farida.

Dalam video yang tular, Maria menyambut hari lahirnya yang ke-52 dengan dua biji kek cawan bernombor 5 dan 2. Namun dia menyusunkan kek cawan tersebut dengan terbalik supaya ia dibaca sebagai 25.

Ternyata keinginan anak kelahiran Kuala Langat itu untuk dianggap sebagai baru berusia 25 tahun bukan sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan ramai yang memuji rupanya yang jauh kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

“Jangan lupa pakai sunscreen…”

“Duduk rumah pun pakai ya…”

“Keluarga yang supportive pun dapat buat perempuan berusia dengan cantik…”

SUMBER

TWITTER

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: -CARI

Be the first to comment on "Maria Farida dah 52 rupanya! namun kelihatan muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*