Hadir Perkahwinan Neelofa, Sekali Menteri Di Tanya Tentang SOP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri enggan mengulas lanjut berkenaan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) terhadap majlis pernikahan Neelofa.

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsi AWANI, beliau memberikan jawapan ringkas kepada soalan yang ditanya oleh wartawan.

“Yang itu saya no komen,” katanya

Beliau merupakan antara tetamu hadir pada majlis yang berlangsung pada Sabtu.

Terdahulu, pihak polis membidas dakwaan polis tidak mengambil tindakan (double standard) terhadap orang kenamaan (VVIP) melanggar SOP dalam penganjuran sesuatu majlis besar termasuk majlis perkahwinan.

Polis juga telah memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti tempatan terkenal, Neelofa, berikutan dakwaan majlis tersebut melanggar SOP Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis telah membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis tersebut.

“Jangan Siasat Saya & Bunga Saya Please” – Awal & Scha Pakai Mask Sepanjang Wedding Neelofa

Pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya menegaskan mereka sentiasa memakai pelitup separuh muka sepanjang berada di majlis pernikahan pengacara terkenal Neelofa.
Jelas Awal, mereka hanya membuka pelitup separuh muka ketika mahu bergambar bersama pengantin baru di atas pelamin.

“Jangan siasat saya dan kumbang saya please. Kitorang pakai mask sepanjang masa kecuali time nak ambil gambar dan makan.

“Sebab kita tak ada langsir macam pengantin. Bukan rujuk pad niqabnya tetapi langsur yang dipasangan ketika pengantin makan beradab ye,” tegasnya.

Sebelum ini tular dakwaan netizen mengenai majlis pernikahan Neelofa yang kononnya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan termasuk tiada penjarakan sosial.
Justeru, pihak berkuasa telah memanggil ahli keluarga Neelofa serta pengurus majlis perkahwinannya untuk memberikan keterangan.

Neelofa dan pasangan, Haris Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.

 

Sumber video: AWANI

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Hadir Perkahwinan Neelofa, Sekali Menteri Di Tanya Tentang SOP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*