Did4kwa Berada Di Langkawi, Netizen Persoal Cara Neelofa Dan Suami Rentas Negeri

Ketika kisah perkahwinan pasangan selebriti ini masih lagi hangat diperkatakan susulan ketidakpatuhan kepada garis panduan yang ditetapkan kerajaan bagi majlis sosial yang diadakan pada 27 Mac lalu, Neelofa dan Haris Ismail sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas beberapa keping foto yang mendakwa mereka kini berada di Langkawi, Kedah tular menerusi laman Facebook.

Melalui gambar-gambar berkenaan, kelihatan Neelofa dan Haris berada di sebuah lapangan terbang dan sedang menaiki sebuah penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan terkenal tersebut.

Rata-rata netizen menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing dan mempersoalkan bagaimana pasangan yang baru berkahwin itu dibenarkan merentas negeri dan berbulan madu.

Bagaimanapun, di sebalik segala kec4man tersebut, ada juga yang berpendapat Neelofa dan suaminya itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) pernah mengumumkan penduduk dari negeri bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan melancong namun menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa 10 Mac lalu.

Kebenaran rentas negeri setakat 30 Mac hanya dibenarkan di antara negeri kategori (PKPP) sahaja.

Berdasarkan laporan MKN, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak tertakluk sebagai enam negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Manakala, lapan lagi negeri iaitu Kedah, Sabah, Terengganu, Sabah, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka pula di bawah (PKPP)

Sehingga kini, tiada sebarang perkongsian dalam Instagram Neelofa dan Haris tentang dakwaan mereka sedang berbulan madu.

Sumber foto: Facebook & Twitter

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "Did4kwa Berada Di Langkawi, Netizen Persoal Cara Neelofa Dan Suami Rentas Negeri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*