“Satu Dalam Sejuta” – Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18, Rakan & Netizen Kagum Dengan Edika Yusof

Kacak, tampan dan macho adalah antara gelaran yang pernah diberikan kepada pelakon dan bekas model, Edika Yusof. Namanya cukup besar pada akhir 80an dan awal 90an dengan tawaran membawakn watak hero dalam filem-filem hebat seperti Pelumba Malam dan Maria Mariana.

Tidak cukup dengan itu, Edika sering menjadi penghias iklan-iklan produk ternama di kaca TV, akhbar dan majalah – menjadikan dia kegilaan ramai ketika itu.

Segalanya berubah apabila isterinya, Norhidayah Yusri, lumpuh setelah melahirkan anak kedua mereka. Edika mengambil keputusan untuk menjaga isterinya sepenuh masa dan melakukan kerja daripada rumah.

“Saya buat kemunculan kembali kali pertama selepas lebih 20 tahun meninggalkan dunia lakonan melalui telemovie Permata Hati arahan rakan baik saya, Datuk Seri Rezza Shah,” kata Edika dalam satu temu bual bersama InTrend beberapa tahun lalu.

Komitmen pelakon kacak ini menjadikan dirinya dikagumi peminat serta sahabat handai

Malah dalam satu muat naik Edika di Instagram miliknya mengenai sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-18, ramai yang memuji dan kagum dengan suami yang cukup setia ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

“I’m the luckiest husband to have you beside me. A wife like you is a blessing. I am thankful to Allah for having you. Happy Anniversary dear wife,” tulis Edika pada entri tersebut.

Ramai peminat dan rakan artis turut meninggalkan ucapan buat kedua-dua mereka.

Pasangan Edika dan Norhidayah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Satu Dalam Sejuta” – Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18, Rakan & Netizen Kagum Dengan Edika Yusof"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*