Muatnaik Video Mandi Dengan 1,000 ‘B4bi Air’ Sambil Mohon Maaf, Aisar Khaledd Sengaja Cari Publisiti?

Selebriti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi mendapat kec4man ramai selepas memuat naik video kedua eksperimen ‘b4bi air’.

Video tersebut yang dimuat naik pada Sabtu, memaparkan Aisar dan rakan-rakannya termasuk penyanyi Asad Motawh membuat cabaran mandi dengan 1,000 keping ‘b4bi air

Bagaimanapun aksi yang dilabel kurang cerdik oleh wargamaya itu mendapat lebih 13 ribu tanda ‘dislikes’ dengan 4,385 komen (ketika atikel ini ditulis).

Mereka juga kesal kerana pembaziran dilakukan Aisar memberi kesan kepada orang lain yang benar-benar memerlukan dan menggesanya untuk memadam video tersebut.

Seperti tidak mempedulikan kecaman terhadapnya, Aisar telah melekat (pinned) permohonan maaf di ruangan komen sambil menasihati orang lain agar tidak mengikut jejak langkahnya.

“Jangan tiru macam saya buat content macam ni saya mintak maaf lepasni saya lebih berjaga-jaga untuk buat content…Terima kasih terus support,” tulisnya.

Terdahulu, aksi eksperimen selebriti media sosial ini terhadap gel penyejuk badan menjadi bualan hangat wargamaya.

Aksinya menjilat gel penyejuk badan yang sudah kembang di dalam tandas turut mengundang rasa jij1k penontonnya

Nama Aisar kemudiannya menjadi ‘p4nas’ apabila media melaporkan mengenai seorang wanita yang terpaksa mencvri gel penyejuk badan untuk diberikan kepada anaknya.

Tindakan terdesak wanita tersebut kemudiannya menarik perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal.

Nik Ezanee terpanggil untuk mengunjungi wanita yang ditangkap akibat mencvri gel penyejuk badan untuk menghulurkan bantuan makanan dan barangan harian kepada suri rumah berkenaan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Muatnaik Video Mandi Dengan 1,000 ‘B4bi Air’ Sambil Mohon Maaf, Aisar Khaledd Sengaja Cari Publisiti?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*