“Malu Rasa Saya Dengan Layanan Tuanku” – Ustaz Ebit

Berkongsi sedikit potongan video di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew yang turun membantu mereka yang menghadapi musibah banjir di negeri Pahang, ternyata bersyukur dapat bersama dengan Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah.

Video berdurasi 20 saat di Instagram itu mendapat lebih daripada sejutaan tontonan dan hampir 3,000 komen. Perkongsian gambar-gambar Ustaz Ebit bersama Tengku Hassanal di Facebook juga mendapat reaksi yang mengagumkan dengan hampir 5,000 perkongsian, 184,000 tanda suka dan 3,000 komen.

“Doakan perjalanan kami. Syukur hari ini bersama KDYMM Tengku Hassanal Pemangku Raja Pahang @this.7 memberi bantuan banjir. Sebak sayu rasa melihat kesungguhan baginda.

“Setiap hari melawat kawasan banjir. Memberi wang tunai. Sehari lebih kurang 500 ribu cash diberikan pada keluarga dan anak-anak disana,” tulis Ebit di Instagram.

Menurut Ebit lagi, dia juga berpeluang untuk bersantap bersama Pemangku Raja Pahang dan baginda ternyata sed1h dan risau dengan keadaan rakyat Pahang yang dilanda banjir.

“Semalam makan bersama Tuanku. Tuanku rasa sedih risau sangat. Sampai tengah malam bincang bersama keadaan orang Pahang. Allahuakbar. Sed1h berat ujian. Setiap hari Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan. Sampai lebih 20 pusat bantuan sehari. Penat tu. Seharian. Subhanallah.

“Rendah diri sangat dan baik sangat tuanku. Saya rasa kagum dengan tuanku. Malu rasa saya dengan layanan baginda,” tulis Ebit lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ustaz Ebit Lew turut berdoa semoga Allah SWT menyelamatkan negeri Pahang dan negeri-negeri di seluruh Malaysia daripada banjir yang melanda.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Malu Rasa Saya Dengan Layanan Tuanku” – Ustaz Ebit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*