“Ketika Itu Sy Hanya Ada RM30”, Wanita Mncuri Kerana Trdesak Anak Lapar Buka Mulut Ceritakn Hal Sbenar

” Kalau boleh undur masa pasti saya tidak akan lakukan kerana tidak mahu kejadian ini berlaku namun ketika itu saya tidak berfikiran secara war4s kerana memikirkan anak keIaparan dan de-mam,”

Demikian kata-kata ibu tiga anak yang ditahan selepas dilaporkan mencu-ri di sebuah pasar raya, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 36 tahun itu turut menginsafi tindakannya itu selain menempuh pengalaman tidak pernah dialami dirinya apabila disoal siasat poIis selain tangan bergari ketika ditahan.

Bagaimanapun, dia bersyukur atas budi bicara dan belas kasihan poIis terutama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dirinya dibebaskan dan kesnya tidak diteruskan.

Menceritakan kejadian itu, katanya, ketika kejadian dia ke pasar raya di Ara Damansara itu untuk membeli barang termasuk pelekat penyejuk de-mam.

” Namun ketika itu saya hanya berbekal wang RM30 yang diberi oleh suami dan hanya dapat membeli ayam, roti dan air namun tidak cukup membeli pelekat penyejuk de-mam berserta sosej.

” Ketika itu hati saya berbelah bahagi sama ada hendak membeli pelekat penyejuk de-mam itu atau membeli ayam.

” Sedangkan anak saya juga keIaparan dan akhirnya saya bertindak mencu-ri pelekat penyejuk de-mam namun disedari pekerja itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Lembah Subang, di sini, hari ini.

Menurutnya, perasaannya ketika itu hanya memikirkan nasib yang bakal menimpa dan akan dipenjarakan kerana mencu-ri selepas ditahan poIis serta dibawa ke Balai PoIis Kelana Jaya.

” Hanya Allah yang tahu ketika itu bagaimana perasaan ini namun tidak sangka pihak poIis masih ada belas kasihan dan tidak meneruskan kes ini sebaliknya membebaskan saya.

” Kelu lidah ketika itu sebaik dimaklumkan pegawai penyiasat kes itu saya akan dilepaskan malah tidak terbalas jasa mereka kepada saya,” katanya.

Menurutnya, dia bersama tiga anak berusia 11, enam dan tiga tahun bersama suami sudah empat tahun tinggal di sini.

” Sebelum ini saya mengambil upah menjaga anak jiran dan menjual aiskrim di rumah sementara suami bekerja membantu rakan membaiki lif dan rumah namun pendapatan tidak tetap.

” Malah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia tidak dapat mengambil upah mengasuh menyebabkan hilang punca pendapatan,” katanya.

Wakil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Putrajaya turut datang menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada wanita yang sebelum ini ditahan poIis kerana mencu-ri. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi

Wanita itu berkata, sejak berita itu tular dia menerima bantuan tidak putus daripada pelbagai pihak termasuk pihak poIis sendiri.

” Saya doakan tuan Nik Ezanee sentiasa diberi tubuh badan yang sihat, kesihatan baik, diberkati dan dilindungi Allah atas jasa beliau kepada saya.

” Kejadian ini memang menjadi pengajaran buat saya dan kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan ini saya ucapkan ribuan terima kasih,” katanya.

Ahli perniagaan bergelar Datuk tawar pekerjaan

Suri rumah terbabit juga penerima bantuan wang zakat RM500 sebulan dan bersyukur apabila seorang ahli perniagaan bergelar Datuk sudi membantu menawarkan pekerjaan tetap kepada suaminya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Selangor Dr Zaitol Salleh berkata, pihaknya sudah mengambil maklum kejadian menimpa keluarga terbabit dan bantuan awal sudah iaitu bakul makanan JKM yang diserahkan kepada mereka oleh Ketua PoIis Daerah Petaling Jaya mewakili Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling.

” Melalui semakan juga kita mendapati dia belum pernah memohon bantuan daripada JKM dan borang permohonan juga sudah diserahkan kepadanya untuk proses permohonan.

” Kita akan menjalankan siasatan dan tindakan selanjutnya selepas permohonan diterima,” katanya.

Terdahulu, wakil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Putrajaya turut datang menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada mereka sekeluarga.

Sumber:hmetr0

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://limauais.pw/

Be the first to comment on "“Ketika Itu Sy Hanya Ada RM30”, Wanita Mncuri Kerana Trdesak Anak Lapar Buka Mulut Ceritakn Hal Sbenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*