Zed Zaidi Jual Tauhu Bergedil Cari Pendapatan Keluarga

Boleh dikatakan ramai terjejas pendapatan susulan pand3mik COV1D-19 sehingga terpaksa melakukan kerja lain untuk menjana pendapatan. Malah, para artis dan juga penggiat seni juga turut merasai kes4n akibat pand3mik ini.

Melihat situasi COV1D-19 yang masih berterusan memaksa Presiden Seniman, Zed Zaidi berniaga makanan tauhu begedil untuk menjana pendapatan. Menurut Zed, dia terpaksa berniaga sebagai usaha meneruskan kelangsungan hidup.

“Dengan dua anak kembar yang makin membesar perlukan pelbagai kos termasuk susu dan belanja isi rumah, saya tak boleh duduk saja dan memang kena cari jalan untuk cari rezeki.

“Dalam masa sama, hujung tahun banyak akaun kerajaan sudah tutup dan projek kurang. Orang pun tak buat perniagaan besar masa Cov1d-19. Ini saja yang mampu buat setakat ini.

“Saya ambil inisiatif buat perniagaan secara kecil-kecilan dengan menghasilkan Tauhu Begedil Begedul. Ini ‘trademark’ kepada perniagaan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Memilih nama Begedul sebagai kelainan bagi membezakan produknya dengan yang lain, Zed berkata idea untuk menjual bergedil ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Idea ini tercetus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Apabila isteri masak, saya nampak makanan ini boleh dijual supaya boleh dapat pendapatan dalam keadaan yang amat sukar sekarang.

“Sambutan amat menggalakkan. Jualan hanya dibuat setiap Rabu, Jumaat dan Sabtu untuk tempahan dan penghantaran. Apabila sambutan meriah, kami buka tempahan dan jualan setiap hari. Orang dah rasa dan ulang tempah. Ia terlalu banyak dan pelanggan baru makin bertambah,” katanya.

Dalam pada itu, Zed berkata usaha perniagaan kecil-kecilan itu bukan sahaj rezeki untuk keluarga tetapi pembantu peribadinya yang melakukan kerja penghantaran. Namun, ada masanya dia sendiri terpaksa membuat penghantaran.

“Kicap sos diwarisi daripada nenek isteri dan rasanya memang sedap. Rezeki ini bukan untuk kami sekeluarga sahaja. Secara tak langsung ia turut menjana pendapatan kepada pekerja penghantaran makanan termasuk pembantu peribadi saya.

“Kadangkala saya sendiri yang terpaksa hantar kerana permintaan memang banyak. Alhamdulillah, sudah banyak kotak yang terjual setakat ini,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya