Larikan Diri Naik Kapal Tongkang Gagal

Pelakon Betty Rahmad akhirnya berjaya bertemu semula dengan pembantu rumahnya yang did4kwa melarikan diri pada bulan lepas.

Menurut Betty, hasrat orang gajinya, Anim yang mahu pulang ke Indonesia melalui jalan ‘belakang’ tidak berjaya.

“Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni haih.

“Kadang-kadang manusia buat keputusan tak fikir panjang. Tak apalah tutup mata, maafkan dan fikirkan jasa dan kebaikan,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Betty turut memuat naik gambar dirinya sekeluarga bersama Anim yang disifatkan bagaikan jejak kasih.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Menurut Betty lagi, dia juga membenarkan pembantu rumahnya itu pulang ke Indonesia dengan cara yang betul.

“Dipendekkan cerita, esok (hari ini) baru dapat balik naik fkapal terbang InshaAllah secara sah dan dengan surat kebenaran daripada majikan. 

“Doakan semua urusan dia dipermudahkan dan dapat jumpa dengan keluarganya dengan selamat InshaAllah Amin.

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Betty yang disifatkan sebagai majikan yang cukup baik hati.

Sebelum ini, Betty meluahkan rasa sedih apabila pembantunya itu didakwa melarikan diri selepas melarangnya untuk pulang ke kampungnya ekoran pand3mik Cov1d-19.

 

\

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak