“Tiada Tawaran Nyanyian Selepas Bertudung”-Melly Goeslaw

PENYANYI popular Indonesia, Melly Goeslaw mendedahkan dia tidak menerima tawaran nyanyian selama hampir dua tahun selepas mengambil keputusan berhijab.

Menurut laporan Kapanlagi Melly berkata sepanjang tempoh itu dia hanya bergantung sumber pendapatan hasil royalti lagu.

“Benar! Kejadian ini berlaku kira-kira enam tahun lalu selepas saya memutuskan untuk berhijab… selama dua tahun tiada pekerjaan.

“Saya bersama kumpulan Potret tak ada kerja selama dua tahun, cuma untungnya kami ada cipta lagu dan ada royalti.

“Alhamdulillah selepas itu ada tawaran projek bersama Opick dan kami terus lakukan… keadaan sekarang ini semuanya lebih baik,” katanya.

Dalam temubual yang sama, Melly turut memberitahu keinginannya untuk berhijab timbul sejak dia masih kecil lagi.

“Dari dulu lagi memang saya teringin nak berhijab. Saya terfikir apa yang boleh saya lakukan supaya saya boleh istiqamah.

“Dosa kita buat pasti ada, tapi paling menutup auratlah. Tapi bukan bereti hijrah hanya menutup aurat saja. Perlu juga menjaga solat!” ujarnya.

Isteri kepada pemuzik Anto Hoed ini mula mengenakan hijab sejak tahun 2014.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Tiada Tawaran Nyanyian Selepas Bertudung”-Melly Goeslaw"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*