“Saya Sedar Diri, Tak Mungkin Aniq Mahukan Saya” – Cik B

Aniq, 20, dan Cik B, 15, mencuri tumpuan bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production hingga menimbulkan andaian menjalin hubungan cinta.

 
Cik B berkata, dia sedar diri dan berpijak kepada bumi nyata pada saat dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.
“Hakikatnya, tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya menganggap Aniq lebih kepada rakan kerja dalam arena seni. Lagipun, kami baru bertatih dalam dunia lakonan.
“Secara kebetulan, kami menjadi pasangan kekasih dalam drama arahan Emi Suffian itu. Jadi, tak salah kami saling mengusik dalam media sosial. Hubungan tak lebih daripada seorang kawan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66)

“Bagaimanapun, ada yang menganggap kami menjalin hubugan yang serius,”Katanya kepada BH Online.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia juga mendapat kecaman apabila
gosip berkenaan bertebaran.
 
“Jujurnya, saya sudah terbiasa berdepan dengan kecaman sejak dahulu lagi. Sebelum ini, fizikal dan warna kulit saya pernah dipersendakan. Inikan pula digosip dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq.
 
“Netizen mengecam saya ‘feeling’ dan tergedik-gedik mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.
 
“Saya sedar diri ini, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Saya tak pernah fikir soal perasaan, selama ini. Saya pernah merasakan tak perlu lelaki dalam hidup. Mama pun sudah membuktikan boleh hidup selepas dikecewakan lelaki,” katanya.
Bagaimanapun, Cik B berkata, dia masih sedar fitrah hidup memerlukan pasangan, cuma terlalu muda untuk bercinta.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://hiburan.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=56635

Be the first to comment on "“Saya Sedar Diri, Tak Mungkin Aniq Mahukan Saya” – Cik B"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*