Alif Satar Menangis

KUALA LUMPUR: Penerbit JS Pictures Sdn Bhd, Sheila Rusly akur dengan keputusan untuk menangguhkan penggambaran drama Penj4ra Janji berikutan watak utama, Alif Satar disahkan positif COV1D-19 walaupun babak yang perlu disiapkan hanya berbaki 10 peratus sahaja.

Sheila berkata, tindakan diambil kerana tidak mahu menanggung ris1ko memperjud1kan ny4wa dan keselamatan artis serta kru produksi walaupun menyedari keputusannya memberikan impak dari segi kos pembikinan drama.

“Apabila perkara ini terjadi, artis dan kru produksi diarahkan pulang ke rumah untuk menjalani kuar4tin. Walaupun sudah melakukan ujian saringan sebelum ke lokasi penggambaran di Melaka, tetapi mereka perlu membuat ujian saringan berkenaan sekali lagi.

“Ujian saringan perlu dilakukan kerana artis dan kru yang terbabit dalam drama ini adalah kont4k rapat Alif. Saya dimaklumkan ada petugas yang sudahpun dihubungi Kementerian Kesihatan KKM) untuk membuat ujian, manakala selebihnya menanti giliran. Tak dinafikan, ia mengganggu kelancaran penggambaran.

“Sebelum ini, penggambaran kerap tertunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPKB). Proses juga agak rumit kerana perlu mendapat permohonan untuk merentas negeri kerana penggambaran dilakukan di Melaka dan perlu mendapat kebenaran Jabatan Penjara Malaysia.

“Semua ini juga membabitkan kos dan saya tak nafikan, syarikat produksi mengalami kerug1an,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Sheila tidak menyalahkan Alif atas apa yang berlaku. Malah, melahirkan rasa simpati kerana artis serba boleh itu dilihat begitu tertekan dengan keadaan yang menimpa dirinya.

Penerbit JS Pictures Sdn Bhd, Sheila Rusly tidak pernah menyalahkan Alif Satar, sebaliknya simpati apabila melihat artis serba boleh itu berada dalam keadaan tertekan. - Foto IG Sheila Rusly

Katanya, Alif menghubunginya menerusi aplikasi Facetime minta maaf berkali-kali, sambil menangis, setiap hari kerana menganggap apa yang berlaku menyusahkan banyak pihak.

“Saya faham dij4ngkiti COV1D-19 bukanlah kehendak Alif, malah saya melihatnya sentiasa menjaga diri dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang menjalani penggambaran.

“Perkara sudah terjadi, nak buat macam mana? Jika saya marah atau mengamuk, ia tidak akan mengubah apa-apa. Lagipun, ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan Alif. Dia seorang yang sangat komited dengan kerja dan tidak pernah membawa masalah kepada produksi,” luah Sheila.

Penyanyi yang popular dengan lagu I Want You To Love Me itu mengesahkannya dijangk1ti pand3mik COV1D-19 menerusi entri di Instagram (IG), Ahad lalu.

Menceritakan kembali detik itu, penerbit berusia 49 tahun itu memaklumkan ketika hadir pada sesi penggambaran drama Penj4ra Janji pada 19 November lalu, Alif ada mengadu keadaan dirinya yang kurang sihat.

“Alif ada mengadu pada kru yang dia mengalami sakit tekak dan sengal di bahagian tubuh. Waktu itu, kami tak syak apa-apa dan menyangkakan keadaannya disebabkan penat kerana terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka.

“Saya memintanya menjalani pemeriksaan di hosp1tal apabila dihubungi oleh bapanya yang memaklumkan individu yang ditemui pada 17 November lalu positif COV1D-19.

“Berdasarkan keputusan x-ray, memang tak nampak sebarang gejala pada bahagian paru-parunya. Namun, hasil ujian darah akhirnya mengesahkan yang Alif positif COV1D-19. Insya-Allah, saya mendoakan semoga Alif segera sembuh dan petugas produksi tidak mendapat jangkitan supaya dapat menyelesaikan baki penggambaran drama ini,” katanya.

Selain Alif, drama arahan Jinggo yang bakal ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada 2021 itu turut dibintangi Azira Shafinaz, Zulin Aziz dan Esma Daniel.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: BH ONLINE

Be the first to comment on "Alif Satar Menangis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*